Sebelum ini saya telah publish satu posting yang melibatkan pergaulan bebas remaja yang masih boleh di anggap berada di alam kanak-kanak semasa karnival Jomheboh.
Hari ini dalam The star satu laporan yang juga melibatkan remaja yang berusia di bawah 15 tahun. Ianya berlaku di Besut, Terengganu. Dalam berita itu dilaporkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah mengaku ketagih dengan BDSM, iaitu seks yang di luar praktik biasa. Terlibat dengan seks pada usia sedemikian sudah dianggap sebagai keterlaluan apa lagi jika kinky sex. Remaja itu mengaku dia ketagih dengan bondage, salah satu amalan BDSM, setelah acap kali menonton klip video porno yang dimuat turun dari internet. ramai di antara kita memang menyedari bahawa penglibatan remaja tempat dalam lakuan seks bebas sudah banyak tersebar di internet dan juga di telegon bimbit dalam format video GP.
Pengakuan remaja tersebut dibuat kepada pihak polis yang menyiasat laporannya yang dia telah dirogol oleh teman lelakinya. Pada mulanya remaja tersebut melakukan hubungan seks suka sama suka tetapi diketahui oleh keluarganya yang membuat laporan polis itu. Semasa siasatan didapati beberapa video porno terdapat di dalam telefon bimbit remaja berkenaan.
Sebelum ini ada juga laporan yang mendedahkan ramai remaja mencuri wang dari ibu bapa untuk tujuan membayar kos muat turun video lucah ke dalam telefon bimbit.
“We found out that the latest trend is to watch pornographic clips and imitate the act,” he said. “We ask parents to keep tabs on their children by frequently checking the type of video clips stored in their handphones.” - OCPD Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria yang dipetik dari akhbar The Star.
Adalah dipercayai ramai remaja yang menonton klip-klip video yang dimuat turun bersama teman masing-masing dan kemudian mencuba aksi yang ditonton itu.
Inilah percambahan gejala sosial yang semakin parah di negara kita yang melibatkan golongan remaja yang lebih muda. Kerajaan harus bertindak lebih agresif untuk membendungnya agar gejala sosial ini tidak menjadi barah kronik yang akan merosakkan tamaddun manusia dan di sini tamaddun Melayu yang beragama Islam. Wallahualam.



1 comment:
pe jd la ngn remaja skunk ne..
sume wat ske2 jew...
x pk pe kebrukkan dye...emmmm
Post a Comment