1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, March 31, 2010

Saya Ingin Menjadi Bintang TV Project Alpha

Siapa tidak mahu jadi popular. Semasa saya memberi ceramah tentang mengapa individu melibatkan diri dengan sukan, salah satu sebabnya ialah ingin menjadi cemerlang. Ini kerana apabila cemerlang dia akan jadi seorang yang popular. Mungkin bintang dia tidak cerah atau tidak ada bakat untuk menjadi seorang artis popolar tetapi cita-citanya untuk menjadi popular itu tetap ada. 

Ramai diantara mereka pul;a memilih jalan lain untuk menjadi seorang bintang. Salah satu daripadanya ialah dengan berlog. Seorang blogger juga boleh menjadi popular dan berstatus selebriti eperti Kennysia atau Xiaxue yang bukan sahaja mencipta nama sebagai blogger tetapi mampu hidup dengan senang hasil daripada blogging. 

Kini satu syarikat yang menjadi penjana iklan di internet, Nuffnang telah mengujudkan satu rancangan yang membolehkan blogger menjadi bintang dalam dunianya. Program yang disiarkan dalam internet itu dinamakan sebagao Project Alpha yang kini sudah masuk musim keduanya. Ianya akan dilancarkan dalam bulan April dan boleh ditonton oleh pelayar internet di mana sahaja mereka berada.  

Walaupun pengambaran musim kedua sudah dilaksanakan dengan memilih beberapa lokasi di dalam dan luar negara, tetapi anda masih lagi berpeluang untuk tampil sebagai blogger jemputan di dalam musim ketiga yang akan dilaksanakan selepas selesai musim kedua ini. Adakah anda ingin menjadi bintang TV di internet seperti Kennysia, Beautifulnara, Budiey, Fourfeetnine, Nicolekiss, Redmummy dan Sixthseal. Mereka ini telah muncul di dalam musim pertama yang disiarkan pada tahun 2009. Anda boleh lihat DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan Project Alpha, iaitu satu program realiti TV yang disiarkan melalui internet. 

Dalam musim kedua pula tujuh orang blogger lagi diperkenalkan dan mereka yang terpilih boleh dilihat DI SINI.

Apakah anda ada cita-cita ingin jadi seperti mereka? Peluang masih terbuka kepada anda untuk muncul di musim ketiga. Apa yang perlu anda lakukan ialah merakamkan aksi diri anda dalam masa tidak melebihi 60 saat dan hantarkan ke SINI. Anda perlu memberitahu mengapa anda patut dipilih untuk menjadi blogger jemputan di musim ketiga itu. 

Disamping menjadi salah seorang peserta jemputan anda juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah berikut (seperti yang saya petik dari laman ruumz):

The Top 3 winners will be featured as guests bloggers in the next season of Project Alpha
and will also walk away with:

1st Prize
3 days 2 nights stay at 360Kuching Hotel, Kuching in a Deluxe Room with breakfast for 2 pax
Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
P1 W1GGY Prepaid worth RM199

2nd & 3rd Prize
Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
P1 W1GGY Prepaid worth RM199

Tunggu!!!! Sebelum anda mengambil kamera video dan merakamkan diri anda, baca dahulu maklumat lanjut di RUUMZ
Selepas anda membaca maklumat lanjut, tunggu apa lagi..........bertindaklah........

(Projek Alpha musim kedua ini dipersembahkan oleh Adidas Action 3 dan disokong oleh P1 dan MAS. Audition kini sudah dibuka! Lawatilah www.projectalpha.com.my/auditions atau projectalpha.ruumz.com/groups )
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Bila Dah Dapat Blackberry

Bila mendapat sesuatu yang baru memang kita akan rasa excited dan teruja. Hari Ahad lepas aku dah dapat hadiah Blackberry yang aku menang dalam pertanding menulis blog BlogforFT. Dah lama pun mengidam nak pakai BB ni tetapi maklumlah fulus tidak berapa nak cukup. Cuma kekurangan beberapa ringgit saja. So tak dapatlah nak beli satu, walaupun yang paling cokia. 

Syukurlah aku menang pertandingan menulis blog tu dan dapat juga BB free. Sebenarnya aku dapat tiga item dalam pertandingan itu. Satu BB dan dua Celcom Broadband stick. BB dan satu broadband stick untuk Special jury 25 blog terbaik selepas pemenang hadiah utama sementara satu lagi stick sebagai lima orang penyumbang terbanyak. Broadband stick tu diberikan bersama dengan sebulan langganan internet percuma. 

So, selepas dah dapat BB ni apa lagi dok 'kerunas' (bahasa Kedah tu) benda tu. Now aku dah boleh check email, masuk twitter dan facebook melalui BB tu. Sejak Isnin dok install program satu persatu dan pagi tadi menggunakan Uber Twitter dan menghantar gambar kat Tweetphoto.

Tapi apa yang merimaskan ialah bila aku synchronize email. Setiap kali ada email masuk, akan ada reminder kat blackberry. Memang senanglah nak baca tetapi kalau beberapa minit sekali ada reminder susah juga.

Saturday, March 27, 2010

Apa Dah Jadi Dengan Gengblogger?

Dah beberapa hari dah tak boleh masuk laman web gengblogger. Setiap kali cuba ianya ditawan oleh Apache seperti screenshot di bawah. Dah beberapa blog tak boleh ping dah. Tulis juga kat dalam tweeter beberapa kali tanya apa dah jadi. Tapi gengblogger nampaknya tak berminat untuk follow org yang jadi follower dia. Ini satu contoh bad management. Inilah kalau orang Melayu yang uruskan lamanweb. Macam peniaga juga kira nak untung saja tetapi customer service tidak ambil peduli langsung.  
Harapan aku pengendali gengblogger TERbaca posting ini.

Sunday, March 21, 2010

Blackberry Dah Sampai Dah


Dah lama dah dok tunggu sejak keputusan dikeluarkan. Memang tercapai juga cita-cita nak menjadi owner sebiji Blackberry. Nak beli duit tak ada, so mengharapkan dapat Blackberry Free la. Tak apalah, dapat entry level BB pun jadilah. Hadiah yang akan aku dapat nanti ialah Blackberry 8250 Gemini.Dok check dalam internet dah tak berapa jumpa dah review atau spec model ni. Maklumlah sekarang paling rendah ialah Blackberry curve 8520 dah dan paling baru Storm. Ributlah poket aku kalau nak beli model ni. 

28 Mac ni aku akan pergi untuk claim Blackberry yang aku menang dalam peraduan menulis blog untuk Blogforft. Tak dapat Grand prize atau hadiah bulanan pun aku rasa puas hati jugalah atas usaha, masa dan wang ringgit yang aku korbankan untuk menulis blog dan post kat Blogforft tu.

Dalam pertandingan itu aku memenangi hadiah sebuah Blackberry dan Celcom Broadband stick dengan langganan percuma internet selama satu bulan. 

Aku telah menerima email tentang Majlis penyampaian hadiah tersebut yang akan diadakan Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada tarikh yang aku mention tadi tu. 

So selepas ni dapatlah aku join geng Blackberry dah. Syukurkah....itu  rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah.   

Orang Islam Boleh Main Dengan Anjing Sebab Boleh Samak?

Pagi tadi sambil-sambil nonton Nasi Lemak Kopi O di Saluran 9 ada Sharifah Shahera dan seorang lagi pengacara tu bangkitkan tentang Sharifah Sofea bermain dengan anjing seperti yang dihebohkan di ruangan-ruangan hiburan. Aku taklah memberi tumpuan sangat tetapi antara buah butir yang dilepaskan oleh SS dan rakannya itu seolah-olah mempertahankan S Sofea bermain dengan anjing itu. Ada juga disebut pasal apa salahnya sebab boleh disamak selepas itu. Memanglah boleh disamak jadi samalah kalau membelai anak babi sebab selepas itu boleh disamak juga.  

Masalahnya sekarang ialah memelihara dan bermain dengan anjing itu bukan budaya orang Melayu. Sebagai orang Melayu yang beragama Islam kita bukan sahaja terikat dengan hukum-hukum agama tetapi juga terikat dengan budaya asalkan budaya itu tidak bercanggah dengan agama. 

Saya harap pengacara tidak membuat andaian sendiri apabila berkaitan dengan hal-hal keagamaan.

Skuasy - Datuk Nicol Memahat Nama Lagi

Baca laporan penuh di Kosmo! Online
Datuk Nicol Anne David sekali lagi membukti keunggulannya di gelanggang skuasy apabila berjaya muncul sebagai juara seklai lagi di Terbuka Kuala Lumpur CIMB 2010.

Roboh gerai Melayu,kenapa tak melalak seperti di P.Pinang?

Roboh gerai Melayu,kenapa tak melalak seperti di P.Pinang?
Di manakah juara rakyat?

Wednesday, March 17, 2010

Sunday, March 14, 2010

Tengok Sahaja Dapat Pahala

Malam tadi ada Majlis Sambutan Maulid Ur Rasul di tempat aku tinggal.
Penceramah Pegawai Syariah Bank Rakyat.
Apa yang ingin aku share dengan penjelajah blog ini ialah ada 5 perkara yang kita tengok sahaja boleh dapat pahala.

  1. Tengok Ayat-ayat Suci Al Quran
  2. Tengok wajah Ibu Bapa
  3. Tengok air zamzam
  4. Tengok Kaabah
  5. Tengok wajah orang alim

Saturday, March 13, 2010

Azean Irdawaty Tak Percaya Anaknya Pengedar Dadah

Ini susulan posting saya terdahulu tentang pelakon popular mengedar dadah ditahan.
Laporan mStar membawa tajuk Azean Tak Percaya Benjy Terlibat Sindiket Edar Dadah.
"Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada mStar Online - mStarOnline.





Lagi yang saya petik dari mStar Online Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
Dalam pada itu, Azean, 60, mendakwa, anaknya sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan.
“Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,”

Siapa Pelakon Lelaki Popular Ditahan Edar Dadah?

Dadah tak kenal mangsa. Ada yang menjadi penagih dan ada juga yang menjadi pengedar. Tetapi apabila pengedarnya ialah soerang pelakon popular ia adalah satu perkara yang amat dikesali. Pelakon adalah hak masyarakat dan menjadi idola. Sebagi seorang idola, sepatutnya dia menunjukkan pekerti yang baik untuk diikuti oleh peminatnya. Tetapi sayang bukan menjadi penagih sebaliknya mengedar. Jika pun dia tidak menagih tetapi dia menjadi sebagai faktor perosak dan membunuh. 

Sekarang peminat hiburan tentu ingin mengetahui siapa pelakon lelaki popular itu. Menurut fakta yang dilaporkan dalam mStar
  • Pelakon Lelaki Popular berusia 30an.
  • Pernah meraih anugerah pelakon drama terbaik
  • Anak seorang pelakon wanita veteran
  • Ditahan bersama teman wanita berumur 24 tahun
  • Rumahnya di kawasan Kepong
  • Ditahan di sebuah Kondominium mewah di Segambut
  • Polis menemui 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan kira-kira RM650,000,
  • Kedua-duanya positif syabu
  • Disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati


Akademi Fantasia Bermula

Malam ini bermulalah sesi LDT (Lepak Depan TV) hujung minggu. Apa tidaknya Konsert Akademi Fantasia sudah bemula. Maka minggu Astro buat duit dan orang ramai membazir duit pun bermulalah. Kalau org nak ajak buat program atau aktiviti malam Hari Sabtu ada yang akan fikir dua kali.  

Lokasi AF ni tak jauh dari rumah, just abut 200 metre away je. Jalan kaki pun sampai. Naik motor tak payah pakai topi keledar pun - hish bahaya tu tak pakai topi keledar. Tapi sejak ia diadakan di situ pada tahun lepas sekali pun tak pijak tempat tu. Kalau ada org kasi tiket free kot kot bolehlah pi tengok suasana, tu pun tengok keadaan juga. Manalah tahu penganjug nak kasi tiket kat blogger untuk tolong buat romosi. Duduk kat rumah tengok siaran langsung lagi selesa. Boleh buat kopi sambil cicah roti mayat. Tahu tak apa dia roti mayat?

UPDATE
12 orang pelajar telah membuat persembahan dan AFUNDI pelajar bermula. Top up banyak-banyak untuk Astro.....

Thursday, March 11, 2010

Mereka Serang Kelab Sultan Sulaiman

Satu testimoni BN/UMNO takut kepada PR

Tweet dari limkitsiang tentang cermah PR di Permatang Pauh

20,000 strong crowd at PR 308 "political tsunami" 2nd anniv ceramah perdana at Seberang Jaya Penang 2hear PR leaders incl Anwar Karpal LGE

Proton Persona Facelift

Mungkin ada yang sudah ternampak wajah baru Proton Persona. Paultan dalam blognya telah memuatkan informasi ini pada 22 November 2009 lagi setelah mendapat gambar yang dihantar oleh seorang jurufoto Drek Chan. Berdasarkan gambar yang dilihat memang ada beberapa ciri perubahan yang dilakukan untuk edisi baru ini. Persona yang dilancarkan pada tahun 2007 adalah merupakan versi Sedan untuk Gen2Saya buknlah arif sangat tentang kereta apa lagi berkaitan spesifikasinya. Jadi jika anda ingin mengetahui lebih lanjut kliklah pada link yang saya sediakan di dalam posting ini. 

 
Bumper depan berasaskan Proton Gen2 CPS. Grill depan pun ada perubahan dari Persona asal.
Lampu isyarat ditambah pada cermin pandang sisi.


Perubahan juga dilakukan pada ruang enjin iaitu Campro IAFM. Ini bermakna Proton sedang meneruskan usaha untuk mengasingkan enjim Campro ke dalam dua versi- IAFM Campro yang lebih ekonomi dan versi CPS yang lebih berkuasa. 

Ikuti Paultan
 . 


Wednesday, March 10, 2010

Akademi Fantasia Musim Kelapan

Selepas selesai Gelanggang Raja Lawak sudah pasti peminat hiburan akan ternanti-nanti pula Akademi Fantasia musim ke8 yang akan keudara tidak lama lagi. Nampaknya semua persiapan sudah diatur. Pengetua sudah dipilih, hos sudah dikenalpasti, tenaga pengajar juga disenaraikan
Para pelajar juga sudah dipilih
  Foto kredit MyMetro
Satu sidang media Akademi Fantasia musim ke8 telah diadakan di Ministry of Sound memperkenalkan para pelajar.

Tentu anda masih lagi terkenangkan Akademi Fantasia musim-musim lepas. Dalam Youtube ada satu clip yang memaparkan gambar pelajar-pelajar semua musim yang lepas.
Akademi Fantasia, Akademi Fantasia juga kerja-kerja untuk akhirat janganlah pula lalai. 

Tuesday, March 09, 2010

Blog Jamban

Saya terkejut campur geli hati apabila menjumpai twit seorang blogger yang saya ikuti. Blogger MissyCheerio telah tweet begini, OMG, I just found a blog "world of toilets". Apa pendapat anda? Geli hati? Tak terlintas di fikiran saya ada orang yang sanggup tulis tentang jamban. Selalunya blogger akan mencari dan menulis sesuatu yang menyenangkan; agama, cinta, pengalaman, makanan, fotografi dan sebagainya. Tetapi blogger ini telah memilih satu topis yang saya rasa tidak ada blogger mahu tulis tentangnya. 

Sewaktu saya membuat posting ini blog jamban ini sudah pun ada 32 orang peminat jamban dengan 2915 orang yang sakit perut dan diuruskan oleh: 
This weblog is under the advisory of CP-TAG USM (CSR & Philanthropy Transdisciplinary Action Group)
Chairperson: Dr. Reevany Bustami
Universiti Sains Malaysia

Ini bermakna blogger ini pasti akan menjadikan jamban sebagai destinasinya setiap kali sampai ke sesuatu tempat. Walaupun tulisannya jamban, tetapi sekurang-kurangnya dia telah melakukan sesuatu yang positif terhadap tempat yang orang ramai menghabiskan sebahagian masanya untuk qada hajatnya. Kini saya rasa jamban akan mula menjadi tempat yang diberikan perhatian oleh pengurus bangunan awam. 

Awaslah pengurus bangunan awam. Jangan sampai skuad jamban memberi komen yang negatif terhadap jabman-jamban di bawah kendalian anda. 

Bila Blog Anda Sudah Mendapat Perhatian

Sama ada setuju atau tidak ramai diantara mereka yang menulis blog ialah untuk mendapat perhatian disamping mencari pendapatan sampingan. Penulis blog ini patut bersyukur kepada Allah kerana telah dianugerahkan dengan bakat dan kebolehan untuk menulis. Berjuta-juta orang di dunia yang melibatkan diri dengan internet tetapi hanya sedikit sahaja yang berminat untuk berblog. Renungkan. Ada yang berblog secara konsisten sementara ada juga yang berblog sekali sekala. Malah ada juga yang berblog seklai dan terus blognya menjadi sampah siber dan memenuhi tong sampah siber.  

Saya memulakan penulisan blog ini setelah membawa satu posting yang dibuat oleh seorang expatriat yang bertugas sepejabat dengan saya yang dihantar kepada Jeff Ooi. Postingnya berupa laporan tentang Tsunami yang melanda beberapa tempat di Asia Tenggara dan kawsan sekitar Lautan Hindi pada tahun 2004 yang lalu. Expatriat ini mengkisahkan pengalaman dan sumbangan khidmatnya di Phuket pada masa itu. Sejak itulah saya tertarik untuk berblog dan sampai hari ini saya masih lagi berblog. Blog pertama saya ialah dalam Bahasa Inggeris The Xperienceoflife dengan taglinenya nasi lemak roti canai teh tarik.  

Sejak menulis blog pengalaman manis yang pertama ialah mendapat cek pertama dari Nuffnang bernilai RM157.00. Ia merupakan insentive dan motivasi untuk saya terus berblog.

Memang benar disamping mencari pendapatan tambahan melalui bakat menulis yang dianugerahkan Ilahi, sememangnya saya juga ingin mendapat perhatian. Syukur Alhamdulillah blog saya semakin mendapat perhatian. Selain berjaya memenangi beberapa hadiah menulis blog saya sudah mula mendapat undangan untuk membuat posting produk. Baru-baru ini saya mendapat tawaran melalui email untuk buat posting tentang i-Talk oleh TMnet. Pada mulanya saya berniat untuk menerima tawaran itu tetapi memandangkan tarikh itu bersamaan dengan sambutan Maulid Ur Rasul di komuniti kediaman saya, maka terpaksalah saya menolak. 

Apabila Nuffnang membuka tawaran untuk Projek 400nya saya menghantar permohonan untuk menawarkan diri dan hari ini mendapat email mengatakan saya diterima dan mereka telah menghantar maklumat lanjut mengenai projek itu iaitu untuk mempromosikan satu barangan berjenama di sebuah kompleks membeli-belah di ibu negara. Insyaallah jika tidak ada apa-apa rintangan, saya akan hadir. Menghadiri aktiviti-aktiviti seperti ini adalah merupakan salah satu cara untuk mempopularkan blog anda dan juga diri anda. Apabila blog anda sudah mendapat perhatian anda juga boleh menjadi seorang selebritiblogger satu hari nanti. Bila tibanya masa itu, dunia anda sudah tidak ada privacy lagi.      

SURAH AL KAUTSAR



Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah  dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu  permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
S.A.W kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang  dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah
S.W.T makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya' Allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan  Allah S.W.T. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000 x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika  menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 x Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi  dizalimi.

Perkara yang baik kita amalkan selalu. Sebar-sebarkan kepada kawan-kawan. Terima Kasih.

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa ku. Amin Ya Rabbal'alamin "
Kata ustaz : "kita ini semuanya sama, tiada beza muda ataupun tua, jangan menyombong atau takbur sesama manusia, sekalipun kita berpangkat atau berilmu- kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Sungai Di Dasar Lautan - Subhanallah

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika anda gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau ,ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.


Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

 
  Anda boleh melihat lagi gambar-gambar keajaiban ciptaan Allah SWT di SINI

Monday, March 08, 2010

Kad Loyalty Dan Taktik Perniagaan

Zaman penggunaan kad plastik sebagai simbol status semakin mendapat tempat. Kita akan dapati semakin banyak entiti perniagaan menjadikan loyalty program sebagai satu cara untuk mengekalkan pelanggan masing-masing. Seingat saya kad loyalty pertama yang saya milikki ialah Bonuslink. Walaupun sekarang saya masih lagi mendaftar dengan Bonus link tetapi saya tidak begitu aktif atas sebab point yang diperolehi sedikit berbanding kad lain disamping pointnya boleh luput selepas beberapa tahun. Kemudian saya menjadi ahli pula untuk kad Real Rewards. Sehingga hari ini saya masih belum menunaikannya. Beberapa lagi program loyalty telah saya sertai dan wallet saya menjadi gemuk kerana banyaknya kad dan bukannya banyak wang. 

Dalam penggunaan kad plastik ini ada juga yang buatkan saya keciwa dan rasa marah dengan menjadi ahlinya. Salah satu yang paling saya rasa tidak mendapat menfaat ialah kad keahlian Narsco. Narsco ini telah mengambil duit saya lebih daripada RM400 untuk mendaftar menjadi ahli. Cara saya menjadi ahli pun melalui cara 'kelentong'' wakil syarikat berkenaan. Pada masa itu wanita yang menelefon saya telah meminta nombor bebera kad kredit saya dan pada sangkaan saya pendaftaran tidak akan berjaya sebab kad-kad kredit itu sudah hampir sampai limit penggunaan. Lagipun saya memang tidak berminat untuk menjadi ahli kerana menjangka tidak akan mendapat apa-apa faedah dengan menjadi ahli. 

Sangkaan saya meleset. Mereka mengambil dari beberapa kad kredit saya dan mendaftarkan sebagai ahli. Sebagai ahli saya mengharapkan akan mendapat menfaat kerana jumlah yang saya bayar bukannya sedikit. Nak jadikan cerita kereta saya mengalami kerosakan di Bukit Gantang pada pagi hari Raya Aidil Adha. saya dalam perjalanan pulang ke kampung dan sebaik sahaja sampai ke situ timing belt kereta putus di Bukit Gantang pada awal pagi Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2005. Saya menelefon nombor Hotline yang terdapat pada kad. Setiap kali membuat panggilan, ia disambungkan ke mesin Fax. Hotline yang didakwa berfungsi 24 jam rupanya bercuti juga pada Hari Raya.  Selepas balik semula ke Kuala Lumpur saya menelefon semula nombor berkenaan untuk untuk complain dan diberitahu saya akan dihubungi semula. Sampai hari ini tidak ada panggilan dari mereka. Ini adalah satu contoh dakwaan tidak benar oleh promoter dan pihak pengeluar kad.

Tentu ramai orang telah menerima panggilan telefon yang didakwa mewakili hotel-hotel teretntu. Ia merupakan jemputan untuk mendengar penerangan selama 90 minit (syarat minimum) dan kemudian mereka akan memberikan hadiah yang selalunya tidak menyebelahi pihak yang menjadi ahli melalui Terms & Conditions. Biasanya hotel akan memberikan penginapan percuma di hotel mereka dan syaratnya ialah penginapan itu untuk bukan waktu puncak dan hujung minggu. Sedangkan pada hujung minggu dan cutilah masa yang terluang untuk kita bercuti.

Apa yang peliknya, bagaimana mereka boleh mendapat nombor telefon kita. Sebenarnya tidak pelik. Selalunya yang menerima undangan ialah pemegang kad kredit. Jika pemegang kad kredit, siapa yang ada maklumat tentang anda? Sudah pasti pengeluar kad kredit bukan? Persoalannya adakah pengeluar kad kredit ini menjual maklumat kepada pihak yang berkepentingan?

Ada juga syarikat kelab pelancungan ini menjual nama kementerian. Saya pernah menerima panggilan beberapa tahun lalu yang mendakwa mendapat nombor saya dari Kementerian Pelancungan Malaysia. Hairan juga bagaimana Kementerian Pelancungan boleh memperolehi nombor telefon saya.

Baru-baru ini saya ada mendapat panggilan dari sebuah Spa di Seri Kembangan menjemput saya untuk mendengar penerangan mereka dan kemudian menuntut hadiah yang ditawarkan. Syaratnya ialah saya mesti bawa isteri untuk sama-sama mendengar. Ini satu lagi taktik mereka. Jawapannya ialah perempuan mudah tergoda dengan pujukan mereka.  


Saya pun pernah mendapat undangan dari sebuah syarikat yang mendakwa mereka wakil Astro. Apabila pergi ke pejabat mereka di Puchong, rupanya signboard pun di tulis tangan di atas styrofoam. Lantas saya membuat keputusan bahawa ia merupakan satu penipuan. 

Sebuah syarikat di Puchong juga telah menghantar satu surat jemputan untuk saya menuntut hadiah kerana terpilih dalam satu cabutan bertuah yang mereka lakukan sewaktu satu karnival yang diadakan di  Kompleks Sukan Bukit Jalil. Apabila saya pergi mereka mendesak saya bawa isteri saya bersama untuk melihat hadiah. saya dijanjikan akan menerima katalog barangan elektrik setiap bulan. Namun sehingga hari ini sehelai katalog pun saya tidak terima. Di situ saya tertipu juga sebanyak RM 200. Nasib baik saya tidak membayar RM 2000 sebagai deposit barangan yang saya menangi dalam cabutan bertuah itu. Balaci yang bertugas itu dalam 5 hingga 6 orang ialah anak-anak muda Melayu yang sudah semestinya posisi mereka sebagai Eksekutif Jualan (bestnyer nama).  

Jadi sekiranya anda ada menerima panggilan telefon yang mengajak anda hadir untuk mendengar penerangan selama 90 minit dan diberikan hadiah, berhati-hatilah. Anda besar kemungkinan akan terperangkap. 

Saturday, March 06, 2010

Remaja Perempuan 14 Tahun Ketagih Kinky Sex

Sebelum ini saya telah publish satu posting yang melibatkan pergaulan bebas remaja yang masih boleh di anggap berada di alam kanak-kanak semasa karnival Jomheboh.

Hari ini dalam The star satu laporan yang juga melibatkan remaja yang berusia di bawah 15 tahun. Ianya berlaku di Besut, Terengganu. Dalam berita itu dilaporkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah mengaku ketagih dengan BDSM, iaitu seks yang di luar praktik biasa. Terlibat dengan seks pada usia sedemikian sudah dianggap sebagai keterlaluan apa lagi jika kinky sex. Remaja itu mengaku dia ketagih dengan bondage, salah satu amalan BDSM, setelah acap kali menonton klip video porno yang dimuat turun dari internet. ramai di antara kita memang menyedari bahawa penglibatan remaja tempat dalam lakuan seks bebas sudah banyak tersebar di internet dan juga di telegon bimbit dalam format video GP. 

Pengakuan remaja tersebut dibuat kepada pihak polis yang menyiasat laporannya yang dia telah dirogol oleh teman lelakinya. Pada mulanya remaja tersebut melakukan hubungan seks suka sama suka tetapi diketahui oleh keluarganya yang membuat laporan polis itu. Semasa siasatan didapati beberapa video porno terdapat di dalam telefon bimbit remaja berkenaan. 

Sebelum ini ada juga laporan yang mendedahkan ramai remaja mencuri wang dari ibu bapa untuk tujuan membayar kos muat turun video lucah ke dalam telefon bimbit. 


“We found out that the latest trend is to watch pornographic clips and imitate the act,” he said. “We ask parents to keep tabs on their children by frequently checking the type of video clips stored in their handphones.” -  OCPD Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria yang dipetik dari akhbar The Star
Adalah dipercayai ramai remaja yang menonton klip-klip video yang dimuat turun bersama teman masing-masing dan kemudian mencuba aksi yang ditonton itu. 
Inilah percambahan gejala sosial yang semakin parah di negara kita yang melibatkan golongan remaja yang lebih muda.  Kerajaan harus bertindak lebih agresif untuk membendungnya agar gejala sosial ini tidak menjadi barah kronik yang akan merosakkan tamaddun manusia dan di sini tamaddun Melayu yang beragama Islam. Wallahualam. 


Yes! Saya Menang Juga

Peraduan menulis blog untuk Wilayah Persekutuan Blogforft sudah tamat dan semua pemenangnya telah diumumkan. Harapan saya untuk memenangi hadiah besar-besar tidak kesampaian. Dulu menghebohkan diri kat ofis yang saya tanya kawan-kawan kat mana nak letak aku punya Peugeot 308VTi sumbangan Naza yang akan dimenangi nanti. Lepas tu bila pemenang bulan pertama diumumkan blog aku tidak menang, harapan terasa  slim pula. Ini kerana pemenang hadiah bulanan itulah yang akan berpeluang memangi hadiah utama. Terus aku cakap kat kawan-kawan cancellah nak jadikan Peugeot 308i tu sebagai kereta resmi ofis selama satu bulan sebab chances nak menang dah slim. Dulu aku dah cakap kat kawan-kawan kalau dia orang undi posting aku dan menang grand prize, nak jadikan hadia itu sebagai kereta resmi pejabat untuk satu bulan. 

Masuk bulan kedua, pun tidak menang apa-apa hadiah bulanan. Then penganjur umumkan beberapa hadiah tambahan dari jury untuk mengalakkan lebih ramai blogger menghantar posting. Hadiah tambahan itu ialah Special Prizes yang merupakan 25 penyertaan terbaik selepas pemenang utama dengan hadiah berupa Celcom Blackberry 8250 Gemini dan Celcom Broadband stick dengan satu bulan langganan percuma. Satu lagi kategori ialah hadiah untuk 5 contributor terbanyak yang merupakan hadiah Celcom Broadband stick dengan satu bulan langgnan percuma. 

Tambahan hadiah itu telah memberikan aku sedikit harapan untuk menang hadiah-hadiah kecil itu. Sekurang-kurangnya dapatlah Top 5 contributor. Lagi pun pada masa itu posting aku sudah berada di kedudukan ketiga. Kesibukan pada bulan December telah menghalang aku dari terus menambahkan posting. Namun demikian aku semak setiap hari sama ada aku masih lagi berada di ranking ketiga. Masuk hujung bulan Disember posisi aku semakin merosot dan mula turun ke bawah ranking kelima. Penyumbang yang terasa pun aku lihat posting mereka tidaklah jauh dangat beza dari aku punya. Lantas aku berusaha untuk membuat posting demi posting tetapi tidak publish. Itulah strategi aku. Sekiranya aku publish, mereka yang berada di atas aku tentu akan turut membuat posting baru. 

Aku berusaha mencari dan menulis posting demi posting dan pada masa itu aku memerlukan sekurang-kurangnya menulis sepuluh posting untuk menduduki sekurang-kurangnya pada posisi kelima. Blogger yang menduduki posisi kelima pada ketika itu ialah Pakmat yang membuat sebanyak 68 posting. Jadi beberapa hari sebelum tarikh tutup pada 5 Januari 2010, aku sudah ada 10 posting ready untuk dipublish tetapi aku tunggu sehingga saat-saat akhir untuk tidak mengejutkan Pakmat dan menambahkan postingnya. Inilah strategi aku. 

Rupanya itulah dikatakan rezeki aku. Aku telah publish semua posting itu sebelum jam 5.00 petang 5 Januari 2010. Pada mulanya aku bercadang untuk buat pada jam 11.00 malam kerana menjangka peraduan akan tutup pada jam 12.00 tengah malam. Nasib baik aku mengubah niat dan publish lebih awal. Rupanya peraduan ditutup pada jam 5.00 petang hari itu. Lega rasanya. Jika tidak tentu Pakmat akan menjadi penyumbang kelima terbanyak dan aku tidak akan dapat apa-apa. Selepas menghantar dan mendaftarkan posting aku, jumlah semua posting aku untuk peraduan menulis Blogforft ialah sebanyak 72 blog. Tujuh blog lebih banyak dari Pakmat. Kepada Pakmat, jika dia membaca posting ini saya minta maaf. Inilah dikatakan rezeki.

Hari ini selepas menyemak semula di dalam Blogforft aku dapati keputusan keseluruhan sudah diumumkan. Yes! aku telah memenangi Special Jury prize dan juga Top 5 Contributor. Inilah siri posting yang menang ituRezeki aku. Kesimpulannya tahun 2009 adalah tahun yang paling banyak aku memenangi hadiah melalui blog aku. Awal tahun dapat hadiah pre event blog posting untuk PJ Blogger Karnival yang merupakan Karspersky Internet Security dan T Shirt. Kemudian aku juga memenangi beberapa hadiah dalam peraduan Project Alpha anjuran Nuffnang.  


Friday, March 05, 2010

Ruumz - Laman Sosial Lagi

Berapa banyakkah laman sosial yang anda daftarkan profile anda? 
Ramai dah mengetahui tentang Facebook, Friendsters, Myspace, Tagged. Tu antara yang sudah popular dan merupakan laman sosial untuk semua lifestyle. Di samping itu ada lagi laman yang kurang popular seperti Flixster,   Wayn, Bebo dan sebagainya. Dah tu ada juga laman sosial untuk pengemar lifestyle tertentu seperti untuk gay, homoseksual dan sebagainya. Pendek kata tepuk dada dan pilihlah laman sosial yang sesuai untuk diri sendiri dan minat sendiri. Senarai laman sosial seperti yang direkodkan oleh Wikipedia Di SINI

Setelah ada profile di Facebook malam ini daftar pula dengan satu lagi laman sosial yang semakin mendapat tempat di kalangan pelayar internet iaitu ruumz. Anda boleh daftar DI SINI

Salah satu sebab mengapa aku register di ruumz ialah kerana Project Alpha  yang di anjurkan oleh Nuffnang telah melantik laman ini sebagai Official Social Networking site. Project Alpha ni akan adakan contest untuk dimenangi oleh bloggers. Jadi aku bersedia sekarang untuk tujuan nak masuk contest tu nanti. Tahun lepas dalam PA Season 1 aku ada memenangi beberapa hadiah melalui contect yang dianjurkan.

Thursday, March 04, 2010

Kenangan Projek Alpha Musim Pertama


Bagaimanakah seseorang blogger itu boleh menjadi terkenal? Ada banyak cara dan kaedah untuk melakukannya dan bagi syarikat penjana iklan di blog, Nuffnang mempunyai cara tersendiri untuk mempopularkan blogger-blogger ternama di Malaysia. Nuffnang telah melancarkan satu program yang dinamakan sebagai Project Alpha dengan taglinenya 'Uncovering Malaysia's Top Blogger'. Melalui projek ini, Nuffnang telah memilih seramai tujuh orang blogger tempatan untuk diperkenalkan melalui beberapa aktiviti yang mereka susun. Inilah logo Project Alpha Season I.

Seperti musim lalu seramai 7 orang blogger terkenal dipilih untuk menyertai musim kedua ini


yang terdiri daripada Niki Cheong , Cheesie , Gareth Davies , KY (KY speaks), Ninie Ahmad , Joe Lee (klubbkidd) dan Azwan Ali. Saya telah mengikuti perkembangan program ini melalui laman-laman web resmi Nuffnang, Facebook dan juga Twitter disamping blog-blog peserta itu sendiri yang ditulis dari semasa ke semasa. Misalnya Niki Cheong telah membuat posting dalam blognya. Program musim kedua ini sudah ada laman web resminya dan boleh dilihat DI SINI. Seperti pada musim pertama, musim ini ia masih lagi dihoskan oleh Jojo Struys.

apa yang hendak ditonjolkan melalui program ini ialah
Projek musim pertama dilaksanakan pada bulan September 2009 dengan memperkenalkan tujuh orang blogger popular juga iaitu Kenny Sia, Audry Fourfeetnine , Beautifulnara, Budiey, Sixthseal, Nicolekiss dan redmummy .

Pada musim lepas Project Alpha menganjurkan peraduan menulis blog untuk memperkenalkan blogger-blogger yang mengambil bahagian. Bagi aku sememangnya ada kenangan manis memenangi beberapa hadiah disamping dapat mengenali blogger-blogger yang terkenal. Berikut hadiah-hadiah yang aku menangi di musim lalu:

Minggu Pertama Tempat Keempat
Minggu Ketiga Tempat Kesepuluh
Minggu Kelima Tempat Pertama
Minggu Keenam Tempat Kelima

Hadiah-hadiah telah ditaja oleh Adidas Action 3 selaki penaja utama, Rimmel of London (penaja mekap resmi), Sunway (Penaja Lokasi resmi), Ministry of Sound (penaja venue resmi) dan Montagne Juenesse. Sementara itu Hitz.FM telah menjadi rakan media resmi.

Jika anda masih rindu untuk menonton kembali episod-episod yang memaparkan blogger terkenal musim lepas sila KLIK SINI.

Sebelum diadakan Project Alpha, di antara tujuh orang yang aku ketahui ialah Kenny Sia, redmummy dan nicolekiss kerana aku mengikuti blog mereka. Walaupun aku ada juga terjumpa blog Sixth Seal sebelum itu, aku tidak mengikuti dengan dekat dan setelah projek ini barulah aku semakin jinak dengan blognya. Sementara itu budiey, beautifulnara dan audrey adalah blogger yang dikira baru aku kenali.

Nuffnang telah berjaya mengetengahkan blogger-blogger kepada masyarakat dan taglinenya yang diterjemahkan sebagai mendedahkan top blogger Malaysia bagi aku boleh dianggap berjaya.

Antara episod yang menarik dan mendapat perhatian ramai pengikut program Project Alpha ialah dalam Episod 2 Budiey dimana diadakan pertandingan antara dua orang blogger hiburan iaitu Budiey dan Beautifulnara. Pertandingan itu telah mencabar keberanian kedua-dua blogger tersebut untuk melakukan aksi-aksi yang boleh dianggap agak ekstrim. Satu daripadanya ialah pertandingan menaiki reverse bungy di mana Beautifulnara mengaku kalah sebelum pertandingan lagi dan dia gantikan tempat itu dengan teman wanitanya untuk bertanding dengan Budiey.

Apa menariknya? Adakah Budiey boleh dianggap menang? Jika dia mengatakan dia menang, Azuan Beautifulnara boleh kata dia hanya menang dengan seorang wanita. Hahahahaha............. Tetapi bagi Budiey mungkin dia akan mengatakan dah takut, teman wanita pun sanggup dikorbankan. Walau apapun episod pertandingan itu memang menghiburkan. Mereka kemudian bertanding pula mencuba keberanian dalam melayari flying fox.

Project Alpha musim pertama juga bagi saya telah membuka mata sebahagian besar pembaca tentang Sixth Seal. Dalam episod kedua yang dirakam, JojoStruys telah menyebut, "....he's a notorious blogger. He's got rather dark history..." Dalam episod ini dan episod ketiga, Sixth seal telah membuka lembaran sejarah hitam hidupnya yang menjadi seorang yang terjerumus dalam dunia dadah, merengkuk di pusat tahanan dan kemudian berubah sehingga hari ini menjadi seorang yang terkenal di dalam dunia penulisan blog. Laluan hidup Sixth Seal itu wajar dijadikan contoh dan ikutan oleh para belia di Malaysia khususnya bagaimana seseorang itu boleh melawan nafsu kejahatan dan kemusnahan apabila terjerumus dalam dunia penagihan dadah dan kemudiannya reformkan dirinya untuk menjadi seorang manusia yang baik dan 100% peratus berubah. Namun apa yang pasti ialah Jauhi Dadah.

Saya ternanti-nanti juga Project Alpha musim kedua ini dengan harapan ada peraduan seperti pada musim yang lalu. Hari ini setelah membaca blog
kancil biru saya mendapat tahu bahawa Project Alpha telah melancarkan peraduan Instant Cash Blogging dan minggu pertama sudah berjalan. Peraduan ini bertujuan mengajak blogger memperkenalkan Projek Alpha ini dan usahanya dibayar. Setiap minggu satu topik baru yang berkaitan Project Alpha diberikan untuk diblog. Setiap blog akan dibayar RM20 melalui kredit ke dalam akaun Nuffnang masing-masing.

Setiap posting hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 200 patah perkataan dan posting anda itu hendaklah berakhir dengan Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS
(Project Alpha Musim ke2 dipersembahkan oleh Adidas Action 3 dan disokong oleh P1 dan MAS.)

Wednesday, March 03, 2010

Lain Di Rak Lain Di Cashier

Dua hari lalu pergi grocery shopping kat Carrefour Seri Petaling. Antara item yang pasti beli ialah kopi segera 3 in 1. Tengoklah Nescafe 3 in 1 dalam pack 40s. Tengok ni harganya RM 10.89. Kira murah lah. Sebab pack lain pun 30 sahaja dan harganya lebih kurang je.  
Setelah balik ke rumah dan belek-belek resit pembelian, dicatitkan harga Nescafe 3 in 1 itu RM13.00. Jadi aku telah membayar lebih RM2.11. 





 Ini bukanlah kali pertama aku 'tertipu'. Pernah juga semasa di The Store, Seri Petaling aku terkena begini juga. Harga di rak lain dan harga di kashier lain. Malah di The Store lagi teruk dari segi labeling harga. Nombor pada Bar code yang terdapat di tanda harga pada rak dan nombor Bar code pada barangan tidak ada yang sama. Ini lebih menyusahkan pengguna untuk menyemak harga. Walaupun ada mesin penyemak harga disediakan, tetapi adakah pengguna akan berulang-alik ke mesin tersebut untuk menyemak harga. 

Ish Ish Ish.....Budak-budak Lagi Tu

Jomheboh baharu sahaja selesai majlis pelancarannya yang diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. Ia merupakan kicik off untuk siri Jomheboh yang akan dijalankan di seluruh negara. Terik matahari tidak menghalang orang ramai untuk berpusu-pusu datang sama ada just nak tengok-tengok (macam aku) ataupun mengambil kesempatan melihat selebriti TV3 secara live dan lebih dekat ataupun nak borong barangan makanan ringan secara murah. Entahlah, murah ke? Kali ini aku tak beli apa-apa makanan pun. Disamping itu ada juga yang mengunjung Jomheboh nak taste makanan free. Pindah dari satu booth ke satu booth. Dapat makan sikit pun dah cukup.

Apa yang ketara tahun ini tidak ada penyertaan Hotlink yang menjadi trademark Jomheboh sebelum ini. Susunan khemah-khemah pun lebih tersusun kali ini dan pengunjung tidaklah pening sangat hendak berarak dari satu kawasan ke satu kawasan seperti yang berlaku pada hujung 2009 di tempat yang sama.

Pada hari pertama aku pergi just nak tinjau-tinjau apa yang ada. Hopping dari satu booth ke satu booth. Sebenarnya setiap tahun tidak ada something new hingga terasa jua ia telah menjadi satu rutin sejak mula diadakan dulu. Seperti biasa ada booth yang dikendalikan oleh rancangan-rancangan yang disiarkan di TV3 dengan memperagakan selebriti masing-masing. Ada juga nampak kali ini surau disediakan di tempat yang lebih strategik dan boleh dikatakan berada di tempat yang lebih cenrtal. Macam tu lah hendak letakkan surau. Semua pengunjung boleh mengunjunginya dengan muda dan berhawa dingin lagi. Yang ini saya tabik kat planner tapak. Selalunya suru ni diletakkan di tempat-tempat yang tersorok, jauh atau hanya tempat yang make shift seperti yang terdapat di kebanyakan gedung membeli belah besar. Mungkin malu kot nak bagi tahu kepada orang ramai bahawa tempat mereka disediakan surau.

Rumah hantu pun masih ada kali ini. Tak tahulah mengapa manusia ni suka sangat nak tengok hantu sedangkan tahu bahawa 'hantu' yang ada itu hanyalah manusia biasa yang berlakun untuk menakutkan-nakutkan pelawat. Dah teringin sangat, jumpa hantu betul-betul baru tau.

Apa yang baru tahun ini ialah adanya booth RTM yang mempromosikan Piala Dunia 2010 yang akan diadakan di Afrika Selatan pada bulan Jun nanti.

Sebelah malam aku keluar lagi kerana rumah dengan lokasi tidak jauh. Lagipun tak payah nak susah-susah bayar parking kalau pergi dengan kereta. Tapi bagi memudahkan pergi dengan morotsikal saja. Makan malam dekat food court KSN sebab lebih murah berbanding dengan gerai-gerai yang disediakan di kawasan berhampiran dengan stesen LRT. Anak nak makan nasi ayam. Tanya berapa harga penjual cakap RM5.00. Memang dah agak dah harga jualan makanan di tempat-tempat keramaian seperti itu memang lebih mahal kerana peniaga mengambil kesempatan mengaut untung lebih. Bila dah tahu harganya RM5.00 dan kuantiti nasinya pun seciput saja, aku membatalkan niat untuk makan di situ.

Lepas itu pergi pula ke satu gerai berhampiran, ada Nasi ayam juga tetapi bila nampak penjual air menghisap rokok sambil menguruskan gerainya, terus aku tak lalu nak makan. Sebab kalau order makanan, air pula tentunya dari penjual air itu. Peniaga makanan majoriti tak tahu menjaga kebersihan. Makan malam di food court. Nasi ayam di gerai mummy. Harganya pun macam biasa dan kuantiti nasinya 2 kali ganda dari di gerai yang aku kunjungi awal tadi.

Bila cakap pasal harga makanan mahal, sudah menjadi perkara biasa di tempat keramaian. Air gelas ada yang dijual dari RM 1.00 naik kepada RM 1.50. Ada juga peniaga yang jujur tetap menjual dengan harga biasa iaitu RM 1.00. Satu lagi yang aku terasa marah dan menyumpah ialah apabila anak aku membeli minuman dalam tin pada malam penutup. Bayangkan satu tin dijual dengan harga RM 4.00. Memang cekik darah betul. Sudah pastinya peniaga Melayu kerana yang minat dengan pesta dan keramaian ialah orang Melayu. Bagi peniaga tersebut yang dia nampak ialah duit dan tidak ada langsung soal halal haram. Rezeki yang dia kaut secara haram itu kemudiannya digunakan pula untuk menanggung anak bini. Termasuklah masuk perutnya sendiri.

Selepas selesai makan di gerai mummy itu, aku nampak satu keadaan yang membuatkan aku mengucap panjang. Sekumpulan anak-anak muda (memang muda tersangat) yang rasanya masih di bawah 15 tahun (mungkin juga masih bersekolah rendah jika tidak pun tingkatan 1). Dia orang ni duduk bersantai di meja food court. Apa yang membuatkan aku terkejut yaamat ialah salah seorang dari budak perempuan itu merokok. Selamba je. Berpinau aku nampak kanak-kanak yang masih muda itu menyedut rokoknya. Astagfirullah.........
Tapi yang buatkan aku lagi terkejut ialah seorang kanak-kanak perempuan duduk selamba je atas pangkuan budak-budak lelaki yang maybe la boyfriend dia kot. Mesra sekali. Budak lelaki tu pun peluk dan belai budak perempuan itu dengan penuh mesra. Kalau dah sampai macam tu kemesraan mereka di tempat awam, aku tak hairan kalau mereka melakukan lebih dari itu di tempat tersembunyi. Adalah perkara biasa bagi aku jika pasangan itu anak muda yang sudah menjangkau hujung keremajaan mereka. Ini budak-budak yang mungkin baru darjah 6 atau tingkatan 1. Nauzubillah.

Rasanya penganjur pesta di masa akan datang akan melibatkan bersama pihak-pihak "Amal Makruf, Nahi Mungkar  untuk mencegah perkara-perkara macam ini. Dah terlampau sangat. Kalau nak dikira bercampur aduk lelaki dan perempuan tu tak dapat kata apa dah Sudah jadi bubur basi dan memang tidak dapat dicegah lagi dalam dunia moden ini. Pihak berkuasa agama pun dah labelkan Sureheboh (sebelum bertukar kepada Jomheboh) sebagai Haram kerana adanya percampuran seperti itu. Tetapi perangai budak-budak yang masih berhingus itu adalah amat terlampau dan perlu dibendung. Inilah generasi yang akan mewarisi negara dan agama Islam di masa akan datang.  

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin