Friday, September 13, 2013

Pandu Kereta mahal, Otak Macam Selut Je.......

Memang rasa cukup malas nak keluar awal-awal pagi kerana kesesakan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Bomba Bukit Jalil. Jarak tak sampai 100 meter pun kadang-kadang 20 minit belum tentu dapat lepas lampu untuk ke Lebuhraja Bukit Jalil ke arah Kuala Lumpur. 

Apa boleh buat pagi tadi terpaksa hantar anak ke sekolah kerana ketinggalan bas sekolah. Meruap darah bila ada pemandu yang rasa dia nak terberak sangat-sangat akan memotong Q. Dia tak fikir masalah orang lain yang patuh berbaris menunggu lampu hijau. Dia datang terus cilok masuk. Kadang-kadang tu masa dok tunggu nak potong Q itu, dia menghalang lorong sebelah. Ramai yang tidak ada adab ni memandu kereta besar pula. Macam pagi tadi bawa Toyota Fortuner tapi otak dia macam selut. 

2 comments:

  1. simpang ni agak mencabar sebab naik bukit. lepas tu bukan waktu pagi je, tengahari pun selalu orang memotong kat sini...

    ReplyDelete
  2. Harap DBKL melakukan sesuatu untuk atasi masalah jam tu, tapi yang org potong Q tu. Persatuan Penduduk Puncak Jalil pun sdg berusaha mengatasi jam. Ni yang dok potong Q, kalau kena saya, mmg sy himpit je dia. Kereta buruk tsk kisah. Dia kereta baru.

    ReplyDelete