Friday, July 26, 2013

17 Ramadan

Hari ini dah masuk 17 Ramadan, bermakna dah 16 hari kita selesai menunaikan ibadah puasa. Ada yang terponteng ke? 

Syukur sehingga malam tadi belum miss lagi solat Tarawih, satu-satunya solat sunat yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja. Ada yang belum lakukan? Masih ada masa lagi untuk mencuba. Tak dapat habiskan lapan pun setakat empat dulu pun kira OK juga. Pelan-pelan. Lepas tu tunggu untuk solat witir sebanyak tiga rakaat dengan dua salam. 

Jangan lupa ada bacaan Doa Qunut pada rakaat terakhir witir. Jangan ada yang terus sujud selepas bangun dari roko'. 


No comments:

Post a Comment