Tuesday, November 26, 2013

Bahaya Fridge Magnet

Kali ini saya nak share seuatu yang saya baca dalam Facebook. Bahaya Frigde Magnet
Kredit Foto seperti pada watermark

Ramai orang mempunyai minat untuk mengumpul Fridge Magnet ini kerana ia merupakan bahan kenangan atau souvenir. Memang menarik dan cantik dan seperti namanya Fridge Magnet sudah semestinya ia dilekatkan di peti sejuk sebab bahan besinya. Jika anda seorang pengemar koleksi Fridge Magnet, bolehlah baca apa yang dipost di Facebook itu di bawah. Posting dan foto hiasan adalah dari posting yang dibuat oleh Din Gombak.

Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk. Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser. 

Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton Selama beberapa bulan, dengan memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan. Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain. 

Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat. 

Aqidah tentang kuasa magnet. Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma'niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.

No comments:

Post a Comment