1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, February 24, 2008

Berapa Orang Calon Yang Benar Layak?

Pembatalan seorang bakal calon untuk kerusi DUN Kijang, Kelantan adalah seperti pepatah Inggeris, 'a needle in a haystack'. Itu seorang yang tidak bernasib baik kerana kecekapan jentera PAS di Kelantan. Saya yakin ramai lagi calon BN yang sepatutnya hilang kelayakan untuk bertanding tetapi terlepas. Ini termasuklah kepimpinan tertinggi di peringkat Kebangsaan. Bagaimanakah jika pemimpin ini memang dan menjadi pemerintah? Lagi banyak harta negeri menjadi mangsa mereka yang korup dan berkepentingan peribadi.
Kemukakan calon muflis, Umno Kelantan ketandusan calon berwibawa

UMNO Kelantan sekali lagi menanggung aib apabila pencalonan Mustopha Ahmed (BN) ketika penamaan calon DUN Kijang hari ini ditolak oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana calon tersebut telah menerima notis bankrap oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 25 November 2005.

Keadaan ini juga membuktikan jika Umno/BN memerintah Kelantan, apa saja masalah yang dihadapi oleh rakyat akan dibuat sambil lewa dan sebarang keputusan akan dibuat secara tangkap muat.

blog it

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List