Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

1

Thursday, March 08, 2012

Proton Power of 1

Proton akan menganjurkan satu pameran yang dinamakan sebagai

Ia merupakan pameran Proton yang terbesar pernah dianjurkan dan pengunjung akan dapat menyaksikan berbagai acara yang disediakan. 
Mengapa nak tolong promote event ni? Sebab aku masih lagi memandu sebuah Proton sejak membelinya pada tahun 1998. Ni ha...........


Saturday, March 03, 2012

Rompakan Menggunakan Shortcode

Hari ini semasa switch on tablet, nampak ada enam mesej. Selalunya mesej ini datang dari Celcom memaklumkan tentang pembayaran bulanan perkhidmatan talian internet. Tetapi bila buka mesej box, didapati ianya bukan dari Celcom tetapi merupakan mesej promosi seperti di bawah. 422540_3372976813388_1538332566_33039042_1737928776_n

Aku tidak pernah menjawab ON dan hantar balik ke shortcode yang diberikan itu. Mesej tersebut yang dihantar pada jam 1.55 pagi 2 Mac 2012 menunjukkan aku telah mengesahkan untuk menerima muatrutun Video, Mp3 + Games. Setiap sms yang mereka hantar akan dikenakan RM3.00 dan cuba bayangkan seminggu akan dihantar 3-5 sms. Jika minimum tiga SMS bererti sebanyak RM9.00 dikebas dari aku.

Buat apa aku nak muatTurun lagu-lagu, video serta Mp3 itu kerana bukan aku hendak dengar atau tonton pun. Tak ada masa untuk aku dengan dan tonton semua itu.

Aku terus hantar balik OUT sebelum sempat menerima apa-apa content dari mereka. Ini adalah merupakan satu lagi bentuk penipuan menggunakan ICT. hairannya mengapa pihak MCMC tidak kawal penipuan sebegini yang menggunakan. Pernah dulu isteriku terperangkap dan terpaksa membayar buta sahaja antara RM45 – RM50 sebulan tanpa mengetahui mengapa bil melanbung.

Tindakan aku untuk memberi amaran kepada orang lain agar tidak terperangkap dengan penipuan mereka, au post menatang ni kat Facebook.

bloodyfool

Monday, February 27, 2012

Perniagaan Internet

 

Malaysia-Internet-MillionairesHujung minggu 25 dan 26 Februari telah dipenuhi dengan aktiviti yang ada hubungkait dengan perniagaan online. Satu di Putrajaya sementara satu lagi di Petaling Jaya. Walaupun kedua-duanya mempunyai objektif yang sama tetapi pengisiannya berbeda.

Sudah lama ada cita-cita untuk berniaga di internet ini tetapi sekadar belajar dengan membaca panduan online agar sukar juga kerana ianya nampak mudah tetapi pada hakikatnya agak sukar khususnya aoabila melibatkan hal-hal teknikal.

Seminar Malaysia Internet Millionaires adalah anjuran Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) berlangsung di Menara Usahawan, Kementerian pada 25 Februari 2012 dan dihadiri oleh lebih kurang 200 orang peserta yang terdiri dari berbagai latarbelakang dan usia.

420444_331134843603988_149703478413793_988730_875264699_n

Para peserta bergambar kenangan – Foto dari Facebook PUIM

Putrajaya-20120225-01006

Penceramah-penceramah yang berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka termasuklah;

  • En. Jamaluddin Bahari – eBook
  • En. Ammar Zahar – Pelancaran Produk
  • En. Norizam Shah – Buat Duit Dengan eBay
  • En. Adly Mokhtar – Perniagaan Dropship
  • Rahman Basri a.k.a RB –  Affiliate Marketing
  • En. Mohd Azrul , Presiden PUIM – Bisnes Social Media

Lawat MAJALAH NIAGA untuk membaca lebih lanjut tentang SeminarMalaysian Internet Millionaires

Di Petaling Jaya pula pada 26 Februari 2012 menghadiri Content Workshop yang dikendalikan oleh Incomattic dan dibimbing sendiri oleh Internet Guru En. Gobalakrishnan. Bengkel ini adalah merupakan susulan aku mendaftarkan diri di bawah program jomaffiliate

Amat mudah untuk mengujudkan laman web sendiri melalui program ini kerana semua template dan setting asas sudah di sediakan oleh jomaffiliate dan peserta telah ditunjukkan bagaimana henda memasukkan content ke  dalam laman web yang disediakan itu. Pada masa ini lamanweb yang diberikan itu masih lagi di peringkat Beta dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

DSCF2013DSCF2014

Selepas mengikuti content workshop itu aku  telah berjaya publish lamanweb yang diberikan itu. Sememangnya amat mudah dan bagi seseorang yang baharu mengenali komputer dan internet pun mampu melakukannya setelah mendapat bimbingan hands on dari Internet guru sendiri, Encik Gobalakrishnan.

Sekiranya anda ingin mencari pendapatan tambahan melalui perniagaan affiliate, bolehlah mendaftar untuk menjadi ahli JomAffiliate.

MANUSIA HANYA BERUSAHA, YANG MENUNAIKANNYA ALLAH

Wednesday, February 15, 2012

MANA MAK?

Saya menerima cerita ini melalui email. walapun mungkin ia cerita, tetapi tidak mustahil ianya kisah benar tentang sikap anak-anak yang kita besarkan. Harap dapat baca sampai habis………

Sangat touching…

Salam…..

Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak….semuga ianya tidak berlaku kepada kita ya………..

"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, Along mana?

Mak jawab, Ada di dapur tolong siapkan makan.

Ayah tanya Mak lagi, Angah mana?

Mak jawab, Angah mandi, baru balik main bola.

Ayah tanya Mak, Ateh mana?

Mak jawab, Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?

Ayah tanya lagi, Adik dah balik?

Mak jawab, Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, Mana Mak?

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, Tak tahu.

Ayah tanya Angah, Mana Mak?

Angah  menonton tv.  Angah jawab, Mana Angah tahu.

Ayah tanya Ateh, Mana Mak?


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh  menjawab, Entah.
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, Mana Mak?

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!

Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."
Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, Mana mak?.

Hanya Adik yang jawab, Mak dah tak ada.

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   
Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Monday, February 06, 2012

1 Malaysia Book Expo 2012–Indah Khabar Dari Rupa

Mulai 1 Februari hingga 6 Februari 2012 ada satu pesta buku di PWTC. Semasa tengok iklan kat TV aku sangkakan ia satu pameran buku yang cukup hebat kerana dulu pun pernah ada pesta buku dianjurkan. Aku ingat lagi satu pesta buku yang yang diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Memang sambutannya cukup hebat. Sampai tak larat nak berjalan dan tak larat nak tengok buku. Yang paling ramai ialah kaum Cina.

Bila tahu ada pesta buku di PWTC, timbul keinginan juga nak pergi tengok. Maklumlah buku ialah stor ilmu. Tak rugi beli buku. Tak rugi simpan buku. Semasa diiklankan kat TV pun ada disebut bahawa pengunjung boleh melihat bagaimana buku di zaman dahulu dicetak di atas bahan papyrus. Itu antara tarikan untuk aku menghadirkan diri.

ibook expo

Pameran yang dinamakan sebagai 1Malaysia Book Expo 2012 memang nampak sungguh grand. Apa lagi ia bersempena dengan Persidangan Buku Antarabangsa dan Anugerah Buku Negara dan dianjurkan bersama oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), The Oxford Centre for Excellence (Oxcell), Kementerian Pengajian Tinggi dan NGO dalam industri buku.

Pameran cetakan awal di atas papyrus

book expo 910book expo

DSCF9150

Satu aktiviti menarik yang pengunjung boleh lakukan di Expo Buku tersebut ialah peluang mewakafkan Al Quran sebagai saham akhirat.

Setelah mengunjungi Expo tersebut, timbul rasa keciwa juga kerana suasananya tidak seperti yang aku bayangkan. Ia tidak tidak nampak langsung sebagai sebuah Expo. Tidak ada syarikat-syarikat buku gergasi yang ambil bahagian. Tidak ada Popular Book Store, MPH, Mg-Rawhills, Karangkraf dan lain-lain syarikat serta penerbitan buku tempatan. Sememangnya ia tidak layak disebut sebagai Expo.

Di samping itu ada disebut juga Multimedia di taglinenya, tetapi tidak ada langsung pameran multimedia kecuali jualan VCD dan sistem pendidikan kanak-kanak.

Antara peserta pameran termasuklah Dewan Bahasa dan Pustaka, Arkib Negara, Utusan Pbulications, Institut Terjemahan Negara dan Perpustakaan Negara.

Aku ingat aku sahaja yang sangka Expo ini indah khabar dari rupa, tetapi ada juga pengunjung lain yang berpandangan seperti aku.

Monday, January 30, 2012

Tercapai Juga Impian Walaupun Tidak Sehebat Mana

dah lama juga tak post. bukan tak ada masa, tapi tak ada idea kot. lagi pun dok sibuk mencari bahan dan buat penulisan untuk satu program sukan. Bukan senang nak buat buku. Masa nak mula memang susah, tapi bila dah mula susah pula hendak berhenti. Namun buku ni bukan untuk diri sendiri tetapi akan menjadi kompilasi buku berkumpulan. Setakat ini sudah terbit sebuah dan sedang digunakan. 

Masih ingat lagi dulu masa bertugas di Sabah pada tahun 70an. Pernah cakap pada seorang rakan setugas bahawa antara cita-cita aku ialah untuk menulis buku. Tak kira buku apa pun, asalkan dapat terbitkan sekurang-kurangnya sebuah sebagai peninggalan. Allah memakbulkan juga rupanya. 

Hasil usaha pertama di mana nama aku termetrai di dalam sebuah buku ialah sebagai editor buku rujukan untuk sukan olahraga dan diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan di Kuala Lumpur. Selepas itu dapat pula hasilkan satu buku rujukan yang merupakan koleksi nota untuk Sains Sukan dan tersebar di seluruh negara. Cuma buku itu dalam bentuk fotostat dan tidak ada apa-apa ISBN. 

Kali ini pula aku membantu menulis salah satu topik untuk buku itu yang akan digunakan pula untuk Kursus Pengurusan Sukan. Syukurlah cita-cita aku tercapai juga. 

Sesiapa yang terbaca buku itu dan sekiranya mendapat sebarang ilmu darinya, aku halalkan ilmu itu dunai dan akhirat. sebar-sebarkanlah ilmu yang baik. 

Wednesday, January 04, 2012

Promosi Penapis Air - Pengguna Jangan Sampai Tertipu

Hari ini ada salesman (seorang wanita dan seorang lelaki) datang untuk promosi water filter untuk rumah. Sememangnya di pasaran banyak brand penapis air ini. Dulu semasa pergi kursus perniagaan penapis air juga diberi penerangan tentang penapis air ini. Mungkin kerana teruk sangat kualiti air yang disalurkan ke rumah kita, maka bisnes menjual penapis air ini boleh menjadi satu perniagaan yang menguntungkan. Walaupun kerajaan telah memberi jaminan yang air yang disalurkan ke rumah-rumah selamat untuk diminum, tetapi iklan, kempen dan promosi syarikat-syarikat yang menjual penapis air ini telah berjaya mempengaruhi minda pengguna. Namun sedikit sebanyak, tidak dinafikan air yang disalurkan ke rumah kita tidaklah begitu bersih sangat kerana dalam laluan air dari pusat pemproses hingga ke rumah kita mungkin berlaku pencemaran. 

Harga satu set penapis air ni pun bukan murah sangat. Mereka akan menggunakan taktik mengabui mata pengguna dengan angka. Harga penapis yang dipromosi di rumah tadi itu hanyalah RM 2,998. Memanglah yang nampak tu DUA RIBU sahaja. Tetapi tambah lagi RM 2.00 dah jadi TIGA RIBU. Inilah yang ramai pengguna terperangkap.

Semasa "Ekeskutif Jualan" itu dok promote, dia ada bagi dua Skim bayaran untuk pengguna. Skim Pertama kena bayar deposit RM 400 dan bakinya dijelaskan kemudian dan boleh menggunakan kad kredit. Dia cakap skim ini jarang orang gunakan kerana pengguna kena bayar harga sepenuhnya, sama seperti beli di Tesco atau Giant. Skim kedua ialah secara ansuran bulanan. Mereka akan pasang set itu pada hari itu juga dan pengguna tidak perlu bayar apa-apa pun. Hanya selepas 30 hari baru mula bayar RM 60.00 setiap bulan selama 34 bulan. Maknya selama 2 tahun 10 bulan. Semua itu tanpa faedah.

Triknya di sini. Kalau bersetuju memasangnya pada hari itu, syarikat akan berikan diskaun RM1,000. Jadi pengguna hanya membeli penapis air itu dengan hanya RM1,998 sahaja. Di sinilah saya rasa tidak logiknya harga sebenar penapis itu. Adakah sebuah perniagaan sanggup menanggung rugi selama 34 bulan sementara pembeli membayar sepenuhnya harga barang tersebut. Disamping itu tidak logik juga diskaun yang begitu tinggi untuk barang baru yang belum digunakan. Tentunya perangkap mereka gunakan ialah diskaun RM1000 itu untuk mengabui pengguna. Apa lagi saya juga mendapat beberapa info yang kebanyakan penapis air berbagai brand yang ada dalam pasaran di negara kita dibuat di sebuah kilang di Shah Alam dan kos satu unit tidak sampai pun RM500.  

Aku sebenarnya tidak begitu berminat sangat memasang penapis air di rumah ini kerana kesannya tidaklah sebaik mana sangat. Secara jangka panjangnya jika kita minum air yang 99% bersih, kita sebenarnya merosakkan sistem imunisasi tubuh. Allah mencipta tubuh kita lengkap dengan sistem pertahanan tubuh. Jika sistem itu tidak dilatih untuk mempertahankan diri, bagaimana ia boleh mempertahankan tubuh kita apabila ada serangan bakteria dan virus. Sama juga pelalian yang dicucuk pada tubuh manusia adalah virus yang lemah untuk melatih sistem imunisasi tubuh melawan virus yang sebenar. Janganlah kita terpengaruh sangat dengan iklan-iklan air oksigen, hydrogen nano dan sebagainya. Pada asasnya Allah telah mencipta air sebaik-baiknya dan kita tidak perlulah mengubah ciptaan itu. 

Air mengikut Wikipedia ialah the chemical substance with chemical formula H2O: one molecule of water has two hydrogen atoms covalently bonded to a single oxygen atom. Air mempunyai 2 atom hidrogen yang diikat oleh satu atom oksigen. Inilah ciptaan asas Allah. 

Bagi saya mencukupi sekadar satu penapis asas yang boleh menapis kotoran dari dalam paip sahaja. Jangan roasakkan sistem imunisasi tubuh yang telah dinaugerahkan oleh Allah. Penapis air yang mahal dan kononnya mampu membersihkan air minuman kita belum pasti menjamin kesihatan kita selain dari imunisasi semulajadi yang ada di dalam tubuh. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List