1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, December 30, 2013

Skodeng Zaman Teknologi

Aktiviti skodeng ni dah lama berlalu dalam semua msayarakat kerana ada naluri dalam setiap individu hendak mengetahui secara sulit apa orang lain atau individu tertentu lakukan.

Anda pernah dengar perkataan Peeping Tom yang terkenal di seluruh dunia? Ianya adalah satu-satunya aktiviti skodeng yang popular di seluruh dunia yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Tom yang skodeng Lady Godiva.

Kini aktiviti skodeng juga mengikut arus perkembangan teknologi. Penggunaan CCTV atau kamera tersembunyi. Jika CCTV bertujuan baik untuk mengawal keselamatan tetapi kamera tersembunyi mempunyai niat jahat.

Ini ada satu info yang rasanya elok dikongsi untuk keselamatan bakal mangsa. Walaupun info ini cara di tandas, tetapi kemungkinan ada kamera tersembunyi di tempat lain juga. Mungkin ada di bilik persalinan pakaian di gedung-gedung membeli belah, bilik hotel atau mungkin dalam rumah mangsa sendiri yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Nah, kongsilah info ini agar maruah anak isteri, keluarga, saudara mara dan juga rakan-rakan wanita terpelihara.





No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List