1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, February 03, 2014

Sepetang Bersama Blogger #SBB2014

Tahun 2013 kali pertama menyertai Sepetang Bersama Bloggers anjuran Denaihati bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Tuah badan, dapat cabutan bertuah, sebuah iPad Mini. Tahun ini diadakan lagi majlis yang sama untuk menghimpunkan blogger-blogger untuk beramah mesra, berkenal kenal-kenal disamping menimba ilmu dari bloggers terkenal.


#SBB2014 akan dianjurkan pada 8hb Mac 2014 di Saloma Bistro Jalan Ampang dari jam 10.00 pagi hingga 530 petang. Sure dijangka lebih ramai bloggers akan hadir. Beberapa aktiviti juga diaturkan oleh Denaihati seperti forum untuk berkongsi ilmu dari blogger-blogger ternama seperti Ben Ashaari, Redmummy, Shafie Bustan dan Zarul (Umbrella) Hussin. Saloma Bistro terletak di 
Lot 109, Pusat Pelancong Malaysia (MPC), 
Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 
50450, Kuala Lumpur, 
WP Kuala Lumpur, 
Malaysia
Phone:+60 3-2161 0122

Penganjur juga seperti biasa akan mengadakan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah bernilai ribuan ringgit termasuklah pakej perjalanan. Para peniaga juga boleh menempah Tapak Jualan pada kadar RM100 untuk mempromosi barangan mereka. Terdapat hanya 10 tapak yang disediakan dan siapa cepat dia yang dapat. 

Blogger yang berminat untuk turut serta boleh click LINK atau banner di sidebar laman ini untuk mendaftar. 
Tahun ini syarikat minuman terkenal Yeos menjadi penaja utama. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List