1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, February 08, 2014

Cabutan Bertuah - Mudah Sangat Minda Kita Dikelabui

Maksud saya cabutan bertuah yang dijalankan melalui promosi-promosi di mal perniagaan. ramai terperangkap dengan taktik Cabutan Bertuah ini. Sebenarnya semua orang yang mencabut dah confirm dapat hadiah. Sebab apa? sebab nak bagi bakal pelangan itu seronok kerana mendapat hadiah. Jadi bila dah terbayangkan hadiah yang diperolehi itu maka dia akan terlupa pasal nak kena keluarkan duit kemudiannya yang besar kemungkinan akan menjadi hutang baru. 

Aku tulis ni pasal petang tadi semasa pergi ke Giant di Kinrara. Semasa melintasi satu stall di ruang legar tu ada ramai anak muda berdiri dan mengedarkan kupon/baucer untuk mendapatkan beg PERCUMA. Ya, dapat hadiah percuma itu satu lagi taktik untuk memerangpa orang ramai untuk duduk dan mendengar penerangan yang akan berakhir mungkin kita akan beli sesuatu dari mereka. Objektif mereka ialah membuat sales sebanyak mungkin tanpa memperdulikan sama ada pembeli itu terpaksa tambah beban hutang atau tidak. Itu "ada aku kisah?" 

So remaja perempuan itu serahkan satu kupon dan cakap untuk dapatkan beg PERCUMA. Aku pun dah tahu beg PERCUMA itu hanyalah beg yang macam ni kot. Kemudian dicetak jenama syarikat itu untuk kita tolong iklankan secara PERCUMA juga. 
 Setidak-tidaknya yang jenis kanvas macam ni. 

Tak tahulah sebab tak tengok hadiah PERCUMA itu. 

Otak aku terus masuk REJECTION  MODE apabila semasa menyerahkan baucer itu dia suruh pergi tulis nama. Dah banyak kali terkena dengan taktik macam itu. Ia bukan sekadar tulis nama, dapat beg dan kita boleh pergi. Kena PAKSA duduk dan dengar promosi produk. Kemudian dia akan terus kelabukan fikiran dengan CABUTAN BERTUAH. Siapa tidak seronok cabutan bertuah yang dimenangi berupakan barangan berharga ratusan ringgit. 

Dah dapat hadiah melalui Cabutan Bertuah dan jika nak ambik kena beli produk lain dulu, baru boleh ambik hadiah itu. Itulah taktiknya. Kalau dah dapat Cabutan Bertuah, bermakna kita ambik terus hadiah tanpa ada apa-apa syarat. Mengapa perlu membeli barangan untuk menuntut hadiah yang BERTUAH itu? Itu dah menipu pengguna dengan berselindung di sebalik Baucer PERCUMA, beg PERCUMA, Cabutan Bertuah dan macam-macam lagi. Lebih kurang sama dengan Gores dan Menang jugalah. 

  

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List