1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, February 10, 2008

Bila Expos - Lagi Hangat

Kosmo Hari ini mendedahkan sebuah laman web yang memaparkan gambar-gambar 'hangat' yang dirakam menggunapan telefon bimbit dan dimuatkan ke internet. Pendedahan ini adalah merupakan satu perkara yang baik, tetapi kesannya, laman itu menjadi semakin hangat dan menarik perhatian peminat porno atau sekadar ingin tahun.


Bagi tujuan menulis posting ini saya melawat laman tersebut dan selain gambar-gambar 3gp, tidak apa sangat yang hangat selain muat naik gambar-gambar lucah. Apa yang dikesalkan ialah besar kemungkinan gadis dan wanita yang dirakam gambar mereka itu dijadikan mangsa oleh lelaki yang hanya ingin memuaskan nafsu serakah sahaja. Semoga gejala ini dapat dibanteras walaupun sukar.

Inilah laporan dalam Kosmo hari ini.

Laman web 'panas' Melayu kian popular


Laman web lucah yang tumbuh bagai cendawan dan sering berpindah laman untuk elak dikesan oleh pihak berkuasa.


KUALA LUMPUR - Jika sebelum ini, aksi-aksi ghairah atau lucah yang dipaparkan di laman-laman web di internet selalunya hanya membabitkan pasangan dari negara-negara Barat namun kini keadaannya sudah berubah.

Ini kerana, banyak aksi seks membabitkan pasangan Melayu kini boleh dilayari dengan mudah melalui laman-laman web yang dikendalikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Lebih menyedihkan, laman web yang memaparkan aksi 'panas' golongan remaja tempatan itu bukan satu tetapi hampir sepuluh semuanya dan ia mendapat perhatian hangat daripada peminatnya.

Peliknya, pengendali laman web berkenaan seolah-olah langsung tidak takut dengan undang-undang dan tindakan mereka seolah-oleh mencabar dan memandang rendah keupayaan pihak berkuasa dalam menangi perkara itu.

Hasil siasatan KOSMO! mendapati, terdapat beberapa laman web lucah yang baru yang memaparkan 'kisah panas' pasangan Melayu dengan memuatkan pelbagai gambar serta klip video dalam format 3gp iaitu khusus untuk telefon bimbit.

Hampir semuanya memaparkan aksi 'panas' remaja-remaja dari negara ini sehingga menjadikan laman web tersebut mendapat sambutan hingga mencecah ribuan pengunjung.

Sebagai contoh laman googlegroup.com/h*****, mempunyai hampir 5,000 orang yang menjadi ahli laman terbabit untuk mendapatkan gambar-gambar serta bahan-bahan lucah.

Kegiatan ini dikatakan semakin membimbangkan kerana menjadi tempat remaja-remaja memuat turun bahan-bahan lucah ke dalam telefon bimbit secara percuma.

Menurut seorang pembaca KOSMO! yang cuma ingin dikenali sebagai Asrol memberitahu, pengendali laman web lucah tersebut sering berpindah randah di dalam internet.

"Mereka aktif bergerak dengan menggunakan laman web yang boleh dibina sendiri secara percuma seperti laman blogspot, google group dan ning.com," katanya.

Jelas beliau lagi, setelah laman web yang dibina itu mula mendapat sambutan pengunjung, mereka akan bertindak mengalihkan tapak laman web tersebut ke tempat lain.

"Memang mudah untuk buat laman web sebenarnya, seseorang itu tidak perlu sebarang kepakaran langsung untuk membuatnya dan hanya sedikit pengetahuan asas sahaja," jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Komunikasi Korporat, CyberSecurity, Mustafa Ahmad menjelaskan, pada November 2007 pihaknya mendapati terdapat kira-kira 4.2 juta laman web seumpama itu atau 12 peratus daripada jumlah keseluruhan laman web di seluruh dunia.

"Mereka menggunakan teknik pengiklanan tetingkap muncul (pop-up window) dan teknik iklan banner untuk menarik lebih ramai pengunjung masuk ke dalam laman mereka," katanya ketika dihubungi KOSMO! semalam.

Ujar Mustafa, kegiatan yang dilakukan oleh pengendali laman web tersebut salah di sisi undang-undang negara di samping boleh merosakkan peradaban dan budaya masyarakat di negara ini.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List