1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, March 18, 2008

Teh O Ais Limau Roti Canai

Hari ini aku mengubah nama blog ini dari Catitan Alam Maya kepada Teh O Ais Limau Roti Canai yang merupakan salah satu lagi minuman kegemaranku. Pada mulanya aku ingin menamakannya sebagai Teh O Ais Limau saja tetapi mendapati sudah ada blog lain yang menggunakan nama yang serupa. Jadi aku tambahkan roti canai kerana roti canai juga makanan yang menjadi kegemaran yang dimakan bersama Teh o ais limau itu.

Aku merasakan nama ini lebih sesuai kerana apa yang akan dicatitkan dalam blog ini banyak muncul sedang menikmati teh O ais limau di kedai mamak atau warung tepi jalan. Disamping itu juga aku cuba menyamakan dengan tajuk blog aku dalam Bahasa Inggeris yang juga berkaitan makanan Nasi Lemak Roti Canai Teh Tarik.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List