1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, April 01, 2008

Sayangnya Genius Kita

News of The World baru-baru ini melaporkan tentang nasib seorang genius matematik yang kita tuntut sebagai 'orang Malaysia', telah dikesan melacurkan diri di Salford, Manchester. Gadis berusia 23 tahun ini yang pernah menarik perhatian dan menjadi bahan muka depan akhbar, Sufiah Yusuf telah melacurkan dirinya dengan bayaran sebanyak 130 paun (RM830) untuk perkhidmatannya. Sama ada terpaksa atau kerelaan tidaklah dapat dipastikan.

Sufiah telah menarik perhatian dunia apabila menjadi seorang genius matematik pada usia 13 tahun hasil daripada asuhan bapanya melalui kaedah Accelerated Learning Technique. Susulan dari itu Sufiah telah diterima untuk memasukki Universiti Oxford bagi meneruskan pengajiannya selepas berjaya dengan cemerlang di St. Hilda's College.

Nasib malangnya didedahkan oleh seorang wartawan News of The World yang menyamar sebagai pelanggan untuk mendapatkan khidmatnya. Sufiah telah meletakkan iklan untuk perkhidmatannya di sebuah laman web untuk pelacuran dengan menggunakan nama Shilpa Lee, dan mengambarkan dirinya sebagai, "very pretty size 8, 32D bust and 5'5" tall—available for booking every day from 11am to 8pm."

Supiah sepatutnya dengan kebijaksanaan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepadanya boleh mendapat kekayaan dengan mudah tetapi nasibnya merudum ke lembah hina.

Petikan dari NOTW, "Life has never quite added up for Sufiah. Her descent into prostitution in Salford, Manchester, is the latest in a long line of tragedies to have engulfed her since the sunny day when she posed with her university mortar board for the world's press outside prestigious St Hilda's College.

Seorang blogger menulis :

bad parenting + stress = bad future. Even how good the future looks at the present.

So, parents. Please don't force your kid to do something they don't like. Else they end up like Miss Genius.
Perenggan akhir News of The World berbunyi, "She is a good person and deserves a much better life than this. Her gift really has been a curse."

Adakah insan yang dianugerahkan Tuhan dengan kebijaksanaan di peringkat awal hayatnya juga diiringin dengan sumpahan atau nasib yang tidak baik? Mungkin kita masih ingat nama Shukri Hadafi yang juga mencipta nama pada tahun 70an lalu kerana kebolehannya membaca pada usia yang begitu muda. Beliau diambil pula oleh Jins Shamsuddin (Datuk) untuk melakonkan watak kanak-kanak dalam salah satu siri filemnya ''esok...". Apabila anak tersebut menjadi dewasa beliau kini tidak mempunyai pekerjaan tetap dan terpaksa malalukan kerja-kerja sambilan untuk menyara hidupnya yang pada fikiran normal kita tidak sepatutnya berlaku kepada seorang yang telah dicopkan sebagai genius.

Kini kita masih ada seorang kanak-kanak yang juga dikategorikan sebagai genius bernama Adi Putra.

Petikan dari the Star, The parents of the seven-year-old boy have received show-cause letters from his school, SK Jalan Matang Buluh in Bagan Serai, warning them that he could be expelled for cutting classes too often.

Adalah diharapkan apa yang berlaku kepada Sufiah dan Shukri Hadafi akan menjadi satu pedoman buat ibu-bapa Adi Putra, Abdul Ghani Abdul Wahab dan ibunya Serihana Elias.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List