Aku baru saja balik dari Kota Kinabalu, Sabah untuk melaksanakan tugasan resmi. Kali ini hanya berada di negeri di bawah bayu itu selama dua malam sahaja. Stay kat Kompleks Tabung Haji di Sembulan. Kompleks ini macamlah Kompleks Haji Kelana Jaya dari segi fungsinya iaitu sebagai tempat transit jemaah haji sebelum berlepas ke tanah suci melalui lapangan terbang Kota Kinabalu.
Tidak menyangka Kompleks ini mempunyai bilik penginapan bertaraf hotel dan aku rasa tidak salah menyamakannya dengan hotel 2 bintang. Mungkin juga tiga bintang. Hanya satu yang boleh dianggap kekurangannya ialah ia jauh dari bandaraya dan masalah mendapatkan teksi khususnya sebelah malam. Tambang teksi dari bandaraya Kota Kinabalu ke Kompleks ni RM 10.00 tanpa meter tau.
Aku bertolak dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada pagi hari Rabu. Jadi dalam bulan puasa ni, dalam flight maka tak dapatlah makan. Aku duduk di barisan 26 kerusi F. Selalunya aku akan ambil 27F tetapi sewaktu check in aku dapati kerusi itu sudah diambil. Walaupun tak dapat makan dalam pen
Penerbangan balik ke Kuala Lumpur pula pada hari Jumaat 7.15 petang. Ini bererti aku boleh berbuka puasa sebelum menaiki pesawat. Waktu buka puasa hari itu ialah 6.15 petang. Kami sampai ke LTAKK agak awal kerana jam 3.00 petang sudah kena check-out dari tempat penginapan. LTAKK sedang dalam renovation. Ini kawasan baru yang masih belum siap sepenuhnya. Bangunan terminal lama sudah ditutup untuk kerja-kerja menaik taraf.
Sambil menunggu waktu berbuka aku surf di Starbucks Coffee (Wifi percuma) di kawasan holding lounge. Di dalam ada hanya dua sahaja tempat makan. Satu lagi di tingkat 2 tetapi tidak banyak pilihan. Mahu tak mahu terpaksalah aku masuk ke Starbucks. Order Tart Lychee dan Shake. Waduh. Sembilan belas ringgit lebih.Wooo..... mahalnya berbuka hari ini. Kalau di rumah budget sebanyak ini aku boleh makan sek
eluarga:
Murtabak dua biji RM 4.00.
Air soya panas RM 2.00.
Popia basah RM 3 (5 biji),
Roti John RM 3.50 (besar) dan lain-lain.
Tetapi itu adalah yang kebiasannya la. Makan di airport mana-mana pun memang mahal. Dah lah beli tiket mahal yang lain-lain pun turut mahal. Tambang teksi mahal, barangan cenderamata pun mahal. coklat Free Duty pun mahal jika dibandingkan dengan kedai di luar. Mungkin orang naik kapal terbang ni berstatus tinggi kot, orang berwang (bukan beruang), maka boleh ceduk duit mereka lebih banyak. Gambar sebelah ni makanan untuk berbuka puasa aku tu.

No comments:
Post a Comment