1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, October 27, 2008

Caca Merba Minggu Ini

Sedar tak sedar kita sudah semakin hampir dengan penghujung tahun 2008. Tahun ini sememangnya telah berlaku perubahan iklim politik di negara kita. Rakyat sudah mula membuka mata dan tahu memilih siapa untuk memerintah negara. Semoga kesedaran ini akan terus berkembang dan rakyat Malaysia harus yakin bahawa bukan Barisan Nasional sahaja yang mampu menerintah negara ini. Selama ini kita terlena dengan buaian UMNO yang menutup minda dam mata kita bahawa mereka berjuang untuk orang Melayu. Walhal sebenarnya mereka berjuang untuk kaum kelompok dan sanak saudara mereka sahaja. Buktinya politik wang yang berleluasa di dalam UMNO. Mereka sanggup curahkan wang ribuan ringgit untuk mendapatkan kerusi sesuatu jawatan penting. Bagi mereka apa yang dicurahkan itu hanya tahi gigi sahaja kerana apabila memperolehi kerusi yang mereka idamkan, mereka akan dapat berkali ganda dari apa yang dicurahkan. 

Baru-baru ini aku membeli sebuah laptop ultra portable. Ianya trend masa kini. Dulu orang berlumba-lumba nak beli laptop yang paling besar skrinnya. Tetapi dengan dunia mobiliti yang semakin berkembang, laptop lebih kecil dan ringan adalah lebih sesuai untuk di bawa ke mana-mana. Apa lagi laptop ni perlu sijaga lebih daripada menjaga anak kecik apabila berada di tempat awam. Laptop hendaklah sentiasa berada bersama tuan tubuh. Tak boleh lepa sedikit pun. Peringatan-peringatan juga sentiasa diberikan untuk menjaga laptop ni. 

Laptop yang aku beli jenama FTEC Ebook G10X-3G Harganya RM 1988 dan specnya pun aku rasa yang terlatest kot. Processor Intel Atom dengan Ram 2 Gb, HDD 160 Gb, Wireless , Webcam 1.3 megapixel, 3G Modem. Beratnya 1.4 kg.  Memang dah beberapa bulan aku shop untuk laptop kecil ni sambil mengumpul duit. Laptop lama aku pun dah masuk 3 tahun lebih dan sudah sampai masanya ianya akan kong bila-bila masa. Sekarang ni pun ia asyik shut down sendiri je. 

Minggu lepas aku pergi ke Kuching dan stay kat Hotel Grand Continental. Inilah kali pertama aku stay sana sebab hotel ni terletak jauh sedikit dari kawasan tumpuan di Kuching. Nak ke Waterfront, kena berjalan kaki dan kira berpeluh jugalah kalau cuaca panas. Tapi apa boleh buat, penginapan disediakan oleh penganjur yang membawa aku ke Kuching ni. Tetapi berada di Kuching kali ini agak sedikit membosankan. Apa tidaknya hujan boleh dikatakan sepanjang hari. Mula dengan hujan lebat dan kemudiannya renyai-renyai. Aku pun baru sahaja baik dari selsema dan kalau berjemur hujan pasti akan selsema sekali lagi. So sepanjang masa berada di hotel sahaja. Nasib baik juga ada laptop dan boleh layari internet. 

Hotel Grand Con ni memang ada sediakan WIFI dan akses Broadband. Macam biasa masuk saja bilik aku akan pasang laptop dan check sama ada boleh dapat Wifi. Memang dapat. Tapi sayangnynya, kena charge. Satu jam RM 10.00 dan 24 jam RM 35. 00. Tak tahu mengapa hotel kenakan bayaran kepada tetamunya. Sepatutnya pakej WiFi ni sebagai complimentary kepada tetapu. Aku pernah duduk di sebuah hotel kokak di Tawau. Hotel tanpa bintang atau budget -North Borneo Hotel. Setiap bilik disediakan Streamyx PERCUMA. 

Walaupun untuk melayari internet dikenakan caj oleh hotel Grand Con ni, aku tidak menggunakan perkhidmatan mereka. Tak berbaloi dengan caj yang mahal itu. Lagi pun aku memang ada langgan perkhidmatan Broadband. Satu dengan Maxis dan satu lagi Celcom 3G. Jadi aku melayarilah menggunakan Maxis Broadband aku itu. Kalau tak dapat Maxis aku akan gunakan Celcom 3G. Bukankah laptop baru aku tu ada 3G modem. Maka dapatlah aku layari internet 24 jam semasa di Kuching. Nak baca selanjutnya apa yang aku buat di Kuching klik di sini

Malaysia kalah lagi. Pesta bola Merdeka sudah berakhir dan Malaysia berputih mata lagi untuk merangkul piala tersebut, yang tertua dalam bolasepak di rantau ini. Malaysia tewas kepada Vietnam yang memananginya buat julung kali. Malaysia kalah dalam sudden death sepakan penalti setelah perlawanan berlanjutan ke masa tambahan dan sepakan penalti. Aku tulisnya di sini


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List