1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, October 03, 2008

Duit Raya RM 100

Biasanya kanak-kanak sahaja dapat duit raya. Dulu masa kanak-kanak aku dapat duit raya antara 20 sen hingga RM 1.00. Tetapi sekarang ni 20sen dah tak main. Kanak-kanak zaman sekarang dah tahu menilai wang 20 sen itu. Macam tak laku dah. Macam duit 10 sen, kalau jumpa pun orang buat donno je. Apa lagi kalau duit 5 sen. Zaman sekarang paling kurang duit raya kena bagi 50 sen. Tetapi kalau di kalangan sanak saudara RM 1.00 dah jadi common dah. 

Baru-baru ini sewaktu masih di bulan Ramadhan aku dapat duit raya RM 100. Waa.... orang dewasa pun dapat duit raya. Seratus pula tu. Nak tengok? Scroll ke bawah. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nak ambik ko, duit raya RM 100

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List