Sejak aku menemani seorang rakan untuk membeli sebuah laptop mini beberapa bulan lalu, aku mula timbul keinginan untuk sama memilikkinya. Ia merupakan trend baru dalam dunia mobiliti. Masa itu baru Asus yang mengeluarkan laptop mini itu dengan nama EeePC 701. Ianya berfungsi menggunakan Linux sebagai sistem operasinya. Waktu itu harga EeePC itu ialah Rm 1399.
Aku mula mengumpul duit hasil daripada memberi syarahan dalam kursus untuk tujuan itu. Disamping pendapatan dari kursus, aku juga menjimatkan sedikit dari wang gajiku. Aku mengambil keputusan untuk membeli laptop mini kerana mobilitinya. Mudah dibawa untuk keluar menjalankan tugas dan juga aku berpeluang buat live blogging di mana-mana ada kesempatan.
Hari ini aku telah membeli sebuah Laptop mini jenama FTEC EeBook G10X-3G . Skrin 10.2 inci, Ram 2GB, 160 Gb HDD dan ada fungsi 3G. Harganya RM 1988.00. Mana lagi Low Yatt lah.
Actually aku sedang mempertimbangkan antara EeePC 1000H dan Acer AOA. EeePC 1000H ada dua versi. Satu versi 80 GB dengan harga 1799 dan satu lagi 160 GB berharga RM 1999. Aku banyak juga membaca untuk mendapat maklumat tentang laptop mini ini sebelum membuat keputusan untuk membeli. Kelmarin lepas menghadiri rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim, aku pergi ke Low Yatt untuk buat survey. Sememangnya harga kesemua laptop ini adalah standard. Sewaktu di Alor Setar minggu lepas, pun aku dapat harganya sama dengan di Low Yatt.
Aku mengambil masa petang lepas makan tengahari untuk ke Low Yatt. Mulanya aku nampak sebuah laptop ni jenama Lenovo. Colournya pun cantik juga. Ada tiga colour. Harganya pun RM 1749 sahaja. Dengan specnya memang aku dah berkenan dah. Dah 70% keputusan untuk mengambil Lenovo itu. Tetapi salesmannya buat derk saja sambil berhadapan komputer. Tak tahu apa yang dibuatnya, kerja atau main computer games. Blody hell punya salesman. Bila aku tanya pun dia jawab endah tak endah saja. Kalau kedai lain, berebut memujuk memperdagangkan laptop mereka.
Last last aku beli FTEC. Bukan apa. Ia ada aplikasi untuk penggunaan 3G. Tidak banyak laptop ada 3G. Jadi dengan adanya 3G itu bermakna laptop aku akan tertangguh sedikit keobsoletannya.
Nantilah, lepas ni aku masukkan gambar laptop baru aku itu.
No comments:
Post a Comment