1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, May 19, 2009

Orang Penanti Kena Nantilah

Sungguh malang nasib penduduk kawasan pilihanraya ADUN Penanti. Sepatutnya tidak lama lagi mereka akan mendapat durian runtuh dan taburan mee segera. Ini kerana satu pilihanraya kecil akan diadakan di DUN itu selepas wakil rakyatnya yang menang dalam pilihanraya ke 12 lalu meletakkan jawatannya kerana mainan politik pihak tertentu. Walau apapun alasan yang diberikan oleh BN untuk tidak bertanding, rakyat menganggap ia sebagai satu alasan seorang pengecut. BN sebenarnya takut rugi lagi.  

Pilihanraya kecil kali ini dijangka tidak akan ditandingi oleh BN khusunya UNMO yang telah kecundang di beberapa pilihanraya kecil lalu iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau. BN hanya mendapat kemenangan saguhati (atas semangat sportsmanship PR?) di DUN Batang Ai yang sudah sememangnya dijangka. Takut imej mereka tercemar lagi, maka YAB Perdana Menteri yang penuh dengan bagasi tidak sihat itu, mengambil keputusan untuk tidak bertanding lagi kali ini. Kalau kalah lagi bererti pelaburan jutaan ringgit mereka seperti dalam semua pilihanraya besar atau kecil akan hangus begitu sahaja. Bagi berapa juta pun kepada pengundi (untuk undi mereka) tetap kalah juga. So, kalau tak bertanding, duit jutaan ringgit itu yang sememangnya hak rakyat akan dapat digunakan dengan lebih efisyen untuk kepentingan orang-orang tertentu yang sudah sepatutnya tidak perlu wang lagi. 

Minta maaflah pengundi (rakyat didahulukan) Penanti. Anda semua terpaksalah menanti sehingga pilihanraya umum ke 13 pula. Tu pun belum tentu kawasan anda akan mendapat durian runtuh. 

So sekarang siapa yang hendak didahulukan? Rakyat atau .........(carilah jawapan sendiri)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List