1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, September 22, 2009

2 Syawal 1430

Hari kedua Aidil Fitri ni penuh dengan aktiviti beraya sakan. Di Kem Kenari Nature Park ada perjumpaan keluarga besar Tok Naidin. Acara bermula jam 8.30 pagi dengan pendaftaran keluarga dan berakhir selepas sembahyang zohor berjemaah. Tetapi aku sampai hampir jam 1.00 tengahari dan majlis sudah hampir hendak tamat.


Rasa keciwa juga kerana lewat tiba. Sebab utamanya bangun lewat. Malam tadi tidur hampir jam 4.00 pagi selepas balik dari rumah adik aku kerana membuat persiapan untuk jamuan makan tengahari (hari inilah). Adik aku akan menyambut rombongan tetamu dari Kelantan, iaitu rombongan besannya dari Kelantan.



Bangun dah jam 9.45 pagi dan terus kejutkan isteri dan anak-anak. Dah bangun lewat, nak bersiap lagi. Jam 11.30 baru bertolak untuk ke Yan, Kedah. Pergi ikut jalan tepi laut. Orang Alor Setar cakap jalan batas paip. Jalan ini lebih dekat untuk ke Yan. Perjalanan tidak begitu lancar di beberapa tempat. Maklumlah Hari Raya. Sepanjang perjalanan pemandangannya dipenuhi dengan sawah padi dan perkampungan tradisional orang-orang Melayu.


Jam juga jalan yang boleh dikategorikan sebagai jalan luar bandar ini. Jalan ini adalah jalan yang lebih dekat untuk ke Yan. Satu lagi jalan ialah melalui Jalan Alor Setar Sungai Petani dan belok kanan di lampu isyarat Guar Chempedak. Kesesakan jalan ini bukan sahaja disebabkan oleh lampu isyarat sahaja tetapi pemandu-pemandu yang tidak menggunakan otak dan berkepentingan sediri seperti ini....





Geram betul. Inilah orang-orang yang menyebabkan berlakunya kesesakan di jalanraya di seluruh negara. Minta maaflah, setiap kali saya nampak kereta yang berkepentingan peribadi seperti mereka, hati kecil saya akan berdoa agar mereka tidak selamat di atas jalan raya.

Dalam Ops Sikap di musim perayaan, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap mereka ini. Saya sengaja membiarkan no kenderaan dipaparkan. Mana tahu pihak berkuasa nampak dan boleh mengeluarkan saman  terhadap mereka. Memang marah betul, saya anggap mereka begini penjenayah jalanraya. Sebab? Merampas masa dan keselesaan pengguna lain.

Gunung Jerai adalah kemuncak tertinggi di negeri Kedah Darul Aman. Ia merupakan salah satu tempat pelancungan yang menarik jika ingin menikmati suasana dingin dan melihat dataran negeri Kedah yang digelar sebagai Periuk Nasi Malaysia.

Di zaman persekolahan dahulul aku dan pasukan pengakap sering mengunjungi puncak Gunung Jerai dan kawasan-kawasan sekitar ebagai aktiviti luar. Berbasikal dari Alor Setar hingga ke sini.

Ini pula pemandangan dalam perjalanan pulang. Di belakang sana ialah Pulau Bunting, di luar pesisiran pantai Kedah. Nampak macam bentuk kereta. Sekarang dah ada jambatan menghubungkan pantai Sedaka ke pulau dan digelar "Bridge to Nowhere" yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional. Kan kah lebih baik kos pembinaan jambatan tersebut digunakan untuk membangunkan penduduk sekitar Yan. Tentu lebih memberi menfaat daripada pembinaan jambatan tersebut.

Mungkin kerajaan dulu nak jadikan pulau tersebut sebagai tempat pelancungan. Namun adalah lebih baik memberikan peluang kepada penduduk tempatan tumpang mencari rezeki dengan mengusahakan bot penumpang dan tempat letak kereta. Lagi pun bila ada jambatan pengunjung akan terus ke pulau dan tidak singgah di perkampungan.


Lokasi Pulau Bunting dari udara - Google Map


Sebelah malam menghadiri open house "SAHOCA" di perkarangan Kolej Sultan Abdul Hamid. Sebagai bekas pelajar (1966-1971) tentu setiap kali balik sekolah, ada nostalgia mengamit. Aku pun baru menghadiri rumah terbuka ini sejak 3 tahun lepas kerana sebelum itu tidak tahu tentang majlis berkenaan. Menghadiri rumah terbuka berkenaan bukan sekadar hendak makan sahaja tetapi mencari peluang untuk berjumpa kembali dengan rakan-rakan lama.

KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang juga bekas pelajar Kolej ini adalah merupakan tetamu khas yang hadir di setiap majlis sebegini. Baginda juga mencemar Duli melawat galeri kenangan KSAH.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List