Petang kelmarin (petang semalam di Kuala Lumpur) aku menerima satu SMS dari adik aku. Seorang sahabat aku Abdul Rahman Putra telah meninggal dunia akibat stroke. Innalillahi wainnalillahhi rojiun. Aku ucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.
Abdul Rahman Putra merupakan sahabat aku semasa di zaman persekolahan dan kami sama-sama bergiat dalam pasukan pengakap. Kemudian dia menjadi ahli pasukan Bulan Sabit Merah.
Allah lebih menyayangi Allahyarham.
Al Fatihah
No comments:
Post a Comment