1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, March 08, 2010

Kad Loyalty Dan Taktik Perniagaan

Zaman penggunaan kad plastik sebagai simbol status semakin mendapat tempat. Kita akan dapati semakin banyak entiti perniagaan menjadikan loyalty program sebagai satu cara untuk mengekalkan pelanggan masing-masing. Seingat saya kad loyalty pertama yang saya milikki ialah Bonuslink. Walaupun sekarang saya masih lagi mendaftar dengan Bonus link tetapi saya tidak begitu aktif atas sebab point yang diperolehi sedikit berbanding kad lain disamping pointnya boleh luput selepas beberapa tahun. Kemudian saya menjadi ahli pula untuk kad Real Rewards. Sehingga hari ini saya masih belum menunaikannya. Beberapa lagi program loyalty telah saya sertai dan wallet saya menjadi gemuk kerana banyaknya kad dan bukannya banyak wang. 

Dalam penggunaan kad plastik ini ada juga yang buatkan saya keciwa dan rasa marah dengan menjadi ahlinya. Salah satu yang paling saya rasa tidak mendapat menfaat ialah kad keahlian Narsco. Narsco ini telah mengambil duit saya lebih daripada RM400 untuk mendaftar menjadi ahli. Cara saya menjadi ahli pun melalui cara 'kelentong'' wakil syarikat berkenaan. Pada masa itu wanita yang menelefon saya telah meminta nombor bebera kad kredit saya dan pada sangkaan saya pendaftaran tidak akan berjaya sebab kad-kad kredit itu sudah hampir sampai limit penggunaan. Lagipun saya memang tidak berminat untuk menjadi ahli kerana menjangka tidak akan mendapat apa-apa faedah dengan menjadi ahli. 

Sangkaan saya meleset. Mereka mengambil dari beberapa kad kredit saya dan mendaftarkan sebagai ahli. Sebagai ahli saya mengharapkan akan mendapat menfaat kerana jumlah yang saya bayar bukannya sedikit. Nak jadikan cerita kereta saya mengalami kerosakan di Bukit Gantang pada pagi hari Raya Aidil Adha. saya dalam perjalanan pulang ke kampung dan sebaik sahaja sampai ke situ timing belt kereta putus di Bukit Gantang pada awal pagi Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2005. Saya menelefon nombor Hotline yang terdapat pada kad. Setiap kali membuat panggilan, ia disambungkan ke mesin Fax. Hotline yang didakwa berfungsi 24 jam rupanya bercuti juga pada Hari Raya.  Selepas balik semula ke Kuala Lumpur saya menelefon semula nombor berkenaan untuk untuk complain dan diberitahu saya akan dihubungi semula. Sampai hari ini tidak ada panggilan dari mereka. Ini adalah satu contoh dakwaan tidak benar oleh promoter dan pihak pengeluar kad.

Tentu ramai orang telah menerima panggilan telefon yang didakwa mewakili hotel-hotel teretntu. Ia merupakan jemputan untuk mendengar penerangan selama 90 minit (syarat minimum) dan kemudian mereka akan memberikan hadiah yang selalunya tidak menyebelahi pihak yang menjadi ahli melalui Terms & Conditions. Biasanya hotel akan memberikan penginapan percuma di hotel mereka dan syaratnya ialah penginapan itu untuk bukan waktu puncak dan hujung minggu. Sedangkan pada hujung minggu dan cutilah masa yang terluang untuk kita bercuti.

Apa yang peliknya, bagaimana mereka boleh mendapat nombor telefon kita. Sebenarnya tidak pelik. Selalunya yang menerima undangan ialah pemegang kad kredit. Jika pemegang kad kredit, siapa yang ada maklumat tentang anda? Sudah pasti pengeluar kad kredit bukan? Persoalannya adakah pengeluar kad kredit ini menjual maklumat kepada pihak yang berkepentingan?

Ada juga syarikat kelab pelancungan ini menjual nama kementerian. Saya pernah menerima panggilan beberapa tahun lalu yang mendakwa mendapat nombor saya dari Kementerian Pelancungan Malaysia. Hairan juga bagaimana Kementerian Pelancungan boleh memperolehi nombor telefon saya.

Baru-baru ini saya ada mendapat panggilan dari sebuah Spa di Seri Kembangan menjemput saya untuk mendengar penerangan mereka dan kemudian menuntut hadiah yang ditawarkan. Syaratnya ialah saya mesti bawa isteri untuk sama-sama mendengar. Ini satu lagi taktik mereka. Jawapannya ialah perempuan mudah tergoda dengan pujukan mereka.  


Saya pun pernah mendapat undangan dari sebuah syarikat yang mendakwa mereka wakil Astro. Apabila pergi ke pejabat mereka di Puchong, rupanya signboard pun di tulis tangan di atas styrofoam. Lantas saya membuat keputusan bahawa ia merupakan satu penipuan. 

Sebuah syarikat di Puchong juga telah menghantar satu surat jemputan untuk saya menuntut hadiah kerana terpilih dalam satu cabutan bertuah yang mereka lakukan sewaktu satu karnival yang diadakan di  Kompleks Sukan Bukit Jalil. Apabila saya pergi mereka mendesak saya bawa isteri saya bersama untuk melihat hadiah. saya dijanjikan akan menerima katalog barangan elektrik setiap bulan. Namun sehingga hari ini sehelai katalog pun saya tidak terima. Di situ saya tertipu juga sebanyak RM 200. Nasib baik saya tidak membayar RM 2000 sebagai deposit barangan yang saya menangi dalam cabutan bertuah itu. Balaci yang bertugas itu dalam 5 hingga 6 orang ialah anak-anak muda Melayu yang sudah semestinya posisi mereka sebagai Eksekutif Jualan (bestnyer nama).  

Jadi sekiranya anda ada menerima panggilan telefon yang mengajak anda hadir untuk mendengar penerangan selama 90 minit dan diberikan hadiah, berhati-hatilah. Anda besar kemungkinan akan terperangkap. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List