Petang tadi pergi ke Midvalley (MV) khusus untuk witness astrobyondpvr programme. Bukanlah nak subscribe kat produk baru Astro tu tapi just because mereka memberi penghormatan kepada bloggers. Sebagai blogger, adalah menjadi niat aku untuk menyokong pembabitan mereka.
Empat blogger yang dijemput oleh Astro ialah redmummy, beautifulnara, eyerizzz dan 3iling. Sukar juga nak pilih mana satu diantara keempat-empat blogger itu patut aku berikan sokongan padu kerana kesemua mereka hanya aku kenali melalui karya masing-masing sahaja. Diantara mereka beautifulnara dan redmummy lebih mendapat keutamaan kerana aku dah ketahui kerana mengikuti mereka melalui Project Alpha musim pertama lalu. Eiling pula pernah terserempak sekali sewaktu browsing blog-blog untuk mengundi dalam Blog Award 2009 anjuran Nuffnang.
Keempat-empat blogger yang terkurung untuk bersaing sesama mereka bagi meraihkan sokongan peminat
So sekarang aku ada dua choice sahaja antara beautifulnara dan redmummy. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku lakukanuntuk menyokong mereka kerana aku pun mengetahui tentang aktiviti ini melalui twitter sahaja. Sebaik sahaja sampai memang kena serbu juga la. First oleh promoter Astro Beyond. Then bila masuk ruangan di mana bloggers berada, pun kena serbu lagi oleh penyokong mereka pula. Serba salah juga la......Last-last ada seorang gadis datang dan menyerahkan kertas untuk ditulis nama. Aku tergamam sebentarla kerana tidak tahu apa nak buat. Mahu tak mahu tulis je nama dan kalau tak silap disenarai untuk beautifulnara. Nampak juga kat atas coffeetable "Bloggers Registration". Tak tahulah untuk siapa? Keempat-empat bloggers yang bertanding atau untuk public blogger macam aku yang datang memberi sokong kepada komuniti mereka.
Sempat juga bergambar dengan Beautifulnara.
Dalam pada termanggu-manggu itu tiba-tiba nama (blogging) aku disebut. Ooppsss....ada juga orang yang kenal. Inilah kali pertama aku dikenali sebagai seorang blogger di tempat awam. Dia ajak bergambar. Rupa-rupanya Nor Iman yang mengendali blog Great Teacher Onizuka.
Keputusan diakhir peraduan antara bloggers itu dimenangi oleh redmummy. Tahniah redmummy.
2 comments:
loll....redmumy menang ke..sob2..
wahh...besnye...
sy folow..
Post a Comment