Saya menerima satu email dari seorang kenalan dan rasnya tidak rugi jika saya berkongsi dengan pembaca blog saya. Jika pun ianya tidak benar, sekurang-kurang ia merupakan satu informasi baru agar kita berhati-hati kerana perompak, penyamun dan pencuri akan mencari apa sahaja taktik untuk mengenakan mangsanya.
SILA AMBIL PERHATIAN INFORMASI TERKINI INI
Anda tidak dapat membersihkan kesan telur yang pecah pada cermin kereta anda dengan wiper atau semburan air.
Anda tidak dapat membersihkan kesan telur yang pecah pada cermin kereta anda dengan wiper atau semburan air.
Sila baca maklumat ini.
Jika anda memandu sebelah malam dan tiba-tiba diserang dengan telur, JANGAN TERUS PASANG WIPER ATAU CUBA BERSIHKANNYA DENGAN SEMBURAN AIR DARI KERETA ANDA.
Anda hendaklah terus memandu dengan apa sahaja pemandangan yang masih nampak sehinggalah anda tiba pada tempat yang lebih selamat.
kandungan telur yang bercampur dengan air akan bertukar menjadi kelabu dan seterusnya menghalang pandangan anda sehingga 92.5%. Oleh itu ia akan memaksa anda untuk berhenti di tepi jalan lalu akan menjadi mangsa kepada rompakan.
Ini merupakan satu taktik baru yang dikesan digunakan di Johor Bahru. Harap anda yang membaca sebarkan maklumat ini kepada rakan taulan dan saudara mara agar tidak menjadi mangsa.
Sama-samalah kita mencegah jenayah.
2 comments:
terima kasih atas info ini.
Salam... Taktik baru lagi dekat blog saya panazz lagi !
http://karimmj.blogspot.com/2010/07/perhatian-mungkin-anda-yang-seterusnya.html
Post a Comment