1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, November 30, 2010

Menonton The Social Network

IMG00574-20101129-2044 Malam tadi pertama kali aku masuk panggung sejak berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1995. Ia juga satu pengalaman baru hadir di panggung-panggung era moden yang mengandung beberapa teater kecil yang menayangkan filem-filem yang berbeza. Memang berbeza dengan panggung tradisional di mana ianya luas dan terdapat Kelas-Kelas yang berbeza juga. OKlah cukup tentang panggung.

So, malam tadi pergi ke TGV di Sunway Pyramid bersama dua orang anak aku untuk menonton preview filem The Social Network. Boleh dikatakan hampir semua penonton pada waktu itu terdiri daripada bloggers yang bernaung di bawah Manggaads yang mendapat pas percuma untuk menonton preview itu sebelum ditayangkan di Malaysia pada 2 Disember nanti.

Filem ini berkisar mengenai bagaimana Facebook lahir hasil daripada Mark Zuckerberg yang putus cinta dengan teman wanitanya akibat mulut yang agak celupar. Selepas putus cinta itulah maka mulalah perjalanan Mark, seorang pengaturcara komputer yang sedang belajar di Harvard University, dengan The Facebooknya. Walaupun menerima berbagai cabaran melalui hukuman dari pihak Universiti tempat beliau belajar, kegigihan dan kecekalan hatinya berjaya melancarkan laman web itu yang kini menjadi salah satu laman web yang paling dilawati oleh semua kalangan pengguna internet di seluruh dunia. Di Malaysia sendiri laman ini mempunyai 8.7 juta pengikut yang membina profile di dalamnya. Gambar di bawah saya ambil di big screen YES di Lot 10 pada 21 November lalu.  Yes Big Screen 

Filem ini walaupun mengkisahkan perjalanan dan cabaran yang dilalui oleh Mark dalam mencipta Facebooknya, tetapi ianya keseluruhannya mengambil masa beberapa hari sahaja kerana ia digarap dalam bentuk flashback sewaktu Mark melalui perbicaraan menuntut hak oleh Eduardo, salah seorang rakan kongsinya yang pertama. Walaupun Mark didapati telah melanggar hakcipta dan menceroboh privacy beberapa individu dan diarah membayar gantirugi kepada rakan kongsi dan mereka yang memberikan idea tentang Facebook, namun ia telah menjadikan Mark Zucberberg sebagai billionaire termuda di dunia.

Semasa menonton filem ini saya teringat kembali sebuah buku karangan Parmoedya Anantha Toer, Keluarga Gerilya yang menjadi teks Sastera Melayu sewaktu di sekolah dahulu. Walaupun peristiwa berlaku dalam jangkan masa yang lama tetapi sebenarnya pengkisahan itu berlaku dalam tiga malam sahaja.

The Social Network tidak membosankan kerana diselitkan dengan dialog-dialog humor walaupun ceritanya mungkin serious. Pendekkata tidak rugi untuk menonton filem ini. Terima kasih kepada Manggaads kerana memberi peluang kepada saya untuk menonton preview filem ini. 

Anda boleh menonton preview filem ini di sini.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List