1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, February 15, 2011

Kota Marudu- Aku Datang Seketika

Pepatah Melayu menyebut, Tempat Bermain Lagi Dikenang, Inikan pula Tempat Jatuh. 
Perjalanan hidup seseorang sememangnya penuh dengan kenangan. Bagiku salah satu kenangan yang tidak pernah luput dari ingataku ialah tempat pertama aku memulakan karier. 

Pada tahun 70an aku telah dihantar untuk bertugas di sebuah daerah kecil di Utara Negeri Sabah, Kota Marudu. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu memang agar sukar pada masa itu kerana jalan raya bertar hanya sehingga Kota Belud sahaja dan selebihnya jalan berbatu kerikil dan tanah merah. Debu sepanjang perjalanan adalah perkara biasa khususnya apabila berselisih kenderaan atau mengekori kenderaan lain di musim panas. Disamping jalan yang berbatu dan berdebu, ada masanyanya Land Rover terpaksa merentasi sungai kerana tidak ada jambatan. Tetapi kini semua itu sudah berlalu. 

Selepas tamat perkhidmatan di Kota Marudu aku ditukarkan semula ke Alor Setar, Kedah dan terus berkhidmat sebagai guru. Semasa berkhidmat sebagai guru kali terakhir aku balik ke Kota Marudu ialah pada tahun 1986 dengan menaiki Feri Malaysia dari Kuantan ke Pelabuhan Kota Kinabalu. Aku dapat bawa bersama sebuah kereta kerana memenuhi syarat empat orang penumpang dewasa. 

Apabila aku bertukar tempat kerja dengan pertukaran  perkhidmatan  dan pindah ke Kuala Lumpur, peluang aku untuk bali ke Sabah datang setiap tahun. Namun kesempatan balik ke Kota Marudu adalah tipis kerana aku balik ke Sabah atas tugas dan tidak dapat aku tinggalkan kerana tanggungjawab. Jadi peluang untuk melawat Kota Marudu tidak ada. 

Kali ini aku berpeluang untuk balik dan menikmati kembali tempat jatuh yang sentiasa menjadi kenangan. Ya, aku akan balik bercuti bersama seluruh keluargaku ke Kota Marudu. Semoga kepulangan ku akan dapat mempertemukan seramai mungkin bekas murid-murid ku di SMK Kota Marudu dan juga kawan-kawan lama di sana antara tahun 1976 hingga 1980. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List