1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, August 25, 2011

MENGEJAR LAILATUL QADAR

Satu malam yang penuh dengan rahmat dan hanya ada pada bulan Ramadhan ialah malam Lailatul Qadar. Nabi Muhammad SAW telah menyuruh kita mengejar malam itu kerana pada malam itu semua malaikat akan turun ke bumi dan barang sesiapa yang bertemu dengan malam tersebut;

Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan.

Dari Ubadah bin Samit r.a. telah bertanya kepada Nabi s.a.w. tentangLailatul-Qadr. Lalu baginda bersabda:

Ianya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh malam yang akhir. Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23,25,27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.

Di antara tanda-tandanya ialah:

  • Keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi suyi, tidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Seolah-olah bulan sedang memancar ( kerana banyak Nur kerohanian ). Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi.
  • Sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. Ianya terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama. Allah s.w.t. telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu.' (sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit) ”.


Huraian Ringkas.
Beberapa alamat Lailatul-Qadr sudah jelas diterangkan oleh hadis ini. Ada juga alamat atau tanda yang telah diriwayatkan oleh mereka yang pernah mengalami malam tersebut khasnya ialah apabila matahari terbit pada paginya, ia akan terbit tanpa sinaran yang memancar kuat.

Tanda ini banyak di dapati di dalam hadis-hadis dan ia selalu didapati.

  • Hazrat Abdah bin Abi Lubabah r.a. berkata, ' Saya telah merasai air laut pada malam 27 Ramadhan dan sesungguhnya saya telah mendapatinya betul-betul tawar'.
  • Hazrat Ayyub b Khalid rah. pula berkata, " Saya terpaksa mandi pada suatu malam. Saya telah mandi dengan air laut lalu mendapatinya tawar. Kisah ini berlaku pada malam yang ke 27 '.

    Para masyaikh menulis bahawa di dalam Lailatul-Qadr semua benda akan bersujud. Sehingga pokok pun akan rebah ke bumi dan kemudian akan bangun ke tempatnya kembali. Walau bagaimanapun perkara-perkara sebegini adalah berkaitan dengan kasyaf, ia tidak dapat disedari oleh semua orang.

    Semoga hadis ini dan kisah-kisah tersebut dapat menjadi pengajaran kepada kita, Insya-Allah.

    Oleh itu sama-samalah kita

    Insya Allah, jika diizinkan kita akan dapat meneluinya, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

    Posting ini adalah berdasarkan satu email yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan.

    No comments:

    LinkWithin

    Blog Widget by LinkWithin

    My Blog List