1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, August 09, 2012

Bila Mop Jatuh Dari Langit?

Surau di Flat tempat aku tinggal penuh melimpah sejak Ramadhan bermula. Maklumlah surau sementara dan pada bulan baik ni ramai yang terlintas untuk beribadah. Lepas Solat Isya, diikuti dengan Tarawih. Tarawih pun 8 rakaat je dengan diikuti 3 rakaat witir. 

Jemaah yang melimpah tu dua tiga saf terpaksa sembahyang di kawasan yang terbuka.

Malam ni semasa Imam sedang membaca surah pada rakaat pertama Isya, tiba-tiba gedebuk, mop jatuh entah dari tingkat mana tak pasti. Nasib mop itu jatuh memanjang ikut saf dan jatuh di atas sejadah. Kalau terkebelakang sikit pasti tiga atau empat orang kena "belasah" dek mop itu. Nasib juga mop itu kering.  

Sebenarnya pengajaran yang perlu diambil kira ialah tuan punya mop itu hendaklah lebih peka di mana dia letakkan mop itu. Rasanya dia pun tahu ada orang solat waktu Isya dan Tarawih kat bawah, dia letak juga mop di tempat yang tidak selamat. 

Dah tu, dek kerana mop itu jatuh ada yang terpaksa membatalkan solatnya kerana terkejut. 

Kalau yang jatuh tu Periuk Nasi Arab dengan kambing atau Nasi Briyani Gam, oklah juga. Ni mop yang jatuh.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List