Hari ini 3 Ogos sekolah sudah mula bercuti. Murid-murid dapat dua minggi cuti tuk raya. Memang selesa bukan sahaja kepada pelajar itu sendiri tetapi ibu bapa juga untuk membuat perancangan menyambut Aidil Fitri.
Pastinya mudah sekarang nak plan untuk balik kampung beraya bersama sanak saudara. Taklah terkejar-kejar memgagihkan masa antara perjalanan balik untuk beraya dan perjalanan balik semula dari kampung.
Sejak awal Ramadan dulu kita dah dengan ada mangsa mercun atau "bahan letupan" buatan sendiri. Mengapakah masih tidak sedar-sedar? Nak seronok sekejap saja, nak tanggun derita mungkin sepanjang hayat. Tapi itulah kanak-kanak, tidak memikirkan langsung tentang keselamatan. Harapan saya jumlah mereka yang menjadi mangsa bahan letupan ini semakin susut.
Ops apa ye tahun ini di jalanraya? Dah mula pun pada 2 Ogos. Kelajuan maksima diturunkan 10 km dari had laju biasa. Kenderaan berat pun dah dilarang bergerak untuk jangka masa tertentu. Tapi turun 10 km ke tak turun ke sama saja. Mungkin ada yang guna tisu basah untuk cover number plate, so bila kamera AES snap gambar, nombor plate ta dapat dibaca. Idea baik tu, hehehe.......Pasal apa tisu? senang jadikan alasan sebab tisu basah akan melekat pada number plate berbanding bahan lain. "Mana saya tahu tisu lekat kat situ? Bukan saya nampak apa yang melekat kat situ."
Kuih dah siap? Atau just kuih tunjuk je? Apa pun tetamu yang datang beraya nak juga kena layan, tapi yang penting ikatan salitulrahim tu. Ah, duit raya pun dah tukar dah.
No comments:
Post a Comment