1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, November 30, 2007

Zam Zam ala Kazam

Hari ini Mohd Sabu meminta agar Perdana Menteri terus mengekalkan Dato' Zainuddin Maidin dalam kabinet kerana dia tidak pandai berfikir.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zam, yang dikeluarkan oleh Bernama berhubung laporan stesen televisyen satelit Al-Jazeera mengenai gambaran negatif dan buruk mengenai negara ini khususnya dalam dua peristiwa perhimpunan besar iaitu Bersih dan Hindraf baru-baru ini.

Bagi rakyat daripada sia lagi hendak mendapat berita yang adil selain daripada pihak ketiga. Kalau nak harapkan media arus perdana sama ada elektronik mahupun akhbar, memang tidak akan dapat apa yang sebenarnya berlaku. Ini kerana selaku media yang dikawal dan sebagai 'lidah resmi kerajaan ' sudah semestinya semua bahan ditapis dan sunting dengan teliti agar tidak sampai kepada raykat. Melainkan jika ada yang boleh dianggap masuk bakul angkat sendiri.

Harakahdaily.

Penerbit rancangan mengenai isu perhimpunan Aman Rakyat pada 10 November stesen televisyen satelit antarabangsa, Al-Jazeera, Mick Bunworth berkata beliau tidak mendapat sebarang maklumat mengenai tindakan kerajaan Malaysia yang menghantar surat teguran kepada stesen televisyen tersebut. Harakahdaily.

"Al Jazeera telahpun mempunyai 'preconceived mind' (tanggapan) dan tertipu dengan dakwaan kononnya 100,000 orang akan menyertai perhimpunan tersebut," kata Zam pada sidang akhbar di pejabatnya di Angkasapuri 13 November lalu.

Zam juga dilaporkan sebagai berkata pihaknya akan menghantar surat teguran rasmi kepada Al-Jazeera berhubung isu itu.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List