1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, November 25, 2007

Kita Bila Lagi?

Rakyat Australia telah menunjukkan people's power dengan menukar kerajaan dan pemimpin. Soalannya kita bila lagi? Kita asyik bising di kedai kopi, tepi-tepi jalan tetapi apabila tiba masa untuk memilih pemimpin kita masih lagi memilih pemimpin yang akan terus membuatkan kita bising.

Rakyat Malaysia berpeluang memilih pemimpin yang mereka yakini lebih jujur untuk mewakili mereka, tetapi masih juga memangkah orang yang sama. Sebagai rakyat kita yang patut menghukum yang bersalah. Rakyat negeri Terengganu telah membuktikan bahawa menukar kerajaan akan membawa pembangunan. Lihatlah sekarang banyak pembangunan dibawa ke negeri itu kerana BN ingin memenangi semula hati rakyat Terengganu.

Di Kelantan UMNO asyik menuduh kerajaan sekarang tidak membawa pembangunan, tetapi aapakah mereka menyedari bahawa sebelum kerajaan sekarang memerintah, berapa lama UMNO memerintah. Adakah UMNO membawa pembangunan kepada Kelantan?

Sekali-sekala kita kenalah membuat kejutan. Matikah kita jika memilih pembangkang kerana apabila pembangkang memenangi pilihanraya dan mentadbir sesebuah negari, mereka bukan lagi pembangkang. Lihatlah Kelantan, PAS adalah kerajaan dan BN adalah pembangkang. Dan apabila mereka menjadi pembangkang, tindak-tanduk mereka adalah sama seperti pembangkan yang mereka dakwa iaitu asyik nak cari kesalahan kerajaan sahaja. Di Kelantan BN selaku pembangkang asyik ingin mencari kesalahan kerajaan sahaja.

Pilihanraya umum akan diadakan dalam masa yang singkat. Inilah masanya untuk kita memilih kerajaan yang terbaik dan buangkan kerajaan yang semakin hari semakin busuk.

The Australian - Pilihanraya 2007
Screenshots
Prime Minister For All Australians



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List