1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, November 24, 2007

Catitan Minggu Ini -24 November 2007

Saya rasa sebahagian besar rakyat Malaysia sudah tahu tentang perhimpunan HINDRAF (Hindu Rights Action force) di Kuala Lumpur untuk menyerahkan petisyen kepada Queen Elizabeth II tentang tuntutan masyarakat Hindu yang telah dieksploit oleh Brisith semasa membawa mereka dari India ke Malaya dulu. Jika 10 November lalu kita dilanda gelombang kuning, 25 November pula akan dilanda gelombang jingga. Jingga? Itu warna kegemaran Kemebterian Belia dan Sukan. Menterinya berminat dengan warna jingga dan semua papan tanda Kementerian tersebut sudah diwarnakan jingga. Logo rakan muda yang melalui proses rebranding pun menjadikan jingga sebagai warna utamanya. Adakah ia akan menjadi satu fobia kepada YB Menterinya selepas ini sama seperti orang-orang BN dan UNMO fobia dengan warna hijau.

Di Stadium Putra, Bukit Jalil berlangsung satu lagi aktiviti sukan antarabangsa dan ia bagi saya adalah sukan golongan kaya. Saya menghadirkan diri untuk hari pertama kerana mendapat complimentary ticket untuk Upper tier iaitu Canopy Class. Bila saya mendakwa sukan ini untuk golongan kaya, sudah pasti ramai peminat sukan berkuda ini akan tidak bersetuju dengn saya. Sama juga seperti permainan golf. Golf bukanlah sukan untuk golongan berpendapatan tinggi sahaja tetapi untuk semua pihak. Untuk semua pihak? Saya menafikannya.

Saya nak mulakan dengan mempertikaikan golf untuk semua golongan. Sekiranya saya hendak bermain golf, sudah sepestinya saya perlu membayar green fees setiap kali hendak bermain dan green fees ini bukannya dua tiga ringgit, tetapi puluhan ringgit. Kalau saya menggunakan caddy, saya kena bayar caddy lagi. Katakan saya bermain golf dua kali seminggu dan setiap kali saya saya bayar green fee yang murah, katakan RM60.00 bermakna seminggu saya kena bayar kepada golf club sebanya RM120. Satu bulan saya kena bayar RM 480. Wang sebanyak itu saya boleh menyara keluarga saya makan secara sederhana di Kuala Lumpur. Kalau pendapatan saya hanya RM 2000 satu bulan, sudah RM 500 terpaksa tolak untuk main golf sahaja.

Saya pernah ditawarkan oleh rakan-rakan yang terlibat dengan sukan berkuda untuk membawa anak saya menunggang kuda dan jika ada postensi menjadi atlet ekuin. Memang seronoklah kalau anak dapat menjadi atlet ekuin kerana sudah semestnya dia akan bergaul dengan golongan kelas menengah ke atas. Tetapi untuk menjadi seorang atlet ekuin yang berjaya, anak saya mestilah memilikki kuda sendiri. Harga seekor kuda bukan semurah sebuah kereta Proton atau Myvi. Itu harga kuda. Takkan nak bagi kuda makan kacang kuda sahaja? Sudah semestinya kuda itu memerlukan makanan yang berkualiti sesuai dengan penggunaan tenaganya untuk sukan ekuin. Jika gaji saya hanya RM 2000 sebulan sekurang-kurangnya seribu hanya untuk kuda, RM 500 untuk main golf anak bini saya nak makan apa?

Masuk minggu ini dah tiga minggu berturut-turut saya balik ke Alor Setar dari Kuala Lumpur. Minggu pertama saya balik untuk ke Kuala Perlis kerana ada tugas resmi di sana. Kemudian minggu berikutnya pula saya ada tugas di Kubang Pasu. Kali ketiga saya balik lagi kerana adik saya kembali ke rahmatullah. Dan minggu ini saya ada tugas sekali lagi di Kangar, Perlis.

Pada malam 24 November dalam perjalanan saya dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, saya menggunakan jalan lama untuk mengelakkan membayar tol (sebenarnya saya memprotes tol). Kali ini saya melalui bandaraya Ipoh dan di sebuah bulatan di Tambun, saya nampak beberapa orang anggota RELA (seorang beruniform) menahan penonggang motorsikal untuk memeriksa lesen memandu dan cukai jalan. Tidak ada pegawai polis atau anggota polis yang beruniform atau sebarang papan tanda "Pemeriksaan Polis". Persoalannya adakah anggota RELA mempunyai kuasa untuk melakukan sekatan jalan raya? Jika saya mengingkari arahan mereka untuk berhenti, adakah saya dianggap melakukan kesalahan? Setahu saya untuk melakukan sekatan jalanraya, ada SOPnya dan mesti ada pegawai kanan polis dalam operasi tersebut.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List