1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, November 21, 2007

Tidur Boleh, Seks Jangan

Begitulah tajuk muka depan Harian Metro. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup termasuk mengadai tubuh. Sex sells, begitulah kata-kata yang menunjukkan bahawa komoditi yang paling mudah dijuat ialah seks. Laporan dalam Metro itu mengenai golongan wanita yang mengelarkan diri mereka ‘Minah ringan-ringan’ kerana hanya menawarkan perkhidmatan seperti menemani pelanggan bersuka ria dan menonton wayang. Secara konsepnya tak ubah seperti GRO tetapi tidak sampai melibatkan hubungan seks. Mereka boleh dibawa sebagai teman untuk berpoya-poya termasuklah teman tidur tanpa melibatkan seks. Baca seterusnya di SINI.

Dulu masa zaman aku masih lagi bersekolah di Alor Setar, khususnya kawasan City Plaza ada kegiatan budak-budak sekolah juga menjual tubuh ini yang tidak melibatkan hubungan seks. Pelajar sekolah ini membenarkan lelaki-lelaki gian untuk memegang buah dada dan meraba kemaluan dengan bayaran yang minima. Kalau tak silap aku semurah 50 sen sekali opegang. Dan yang malang sekali mereka yang melakukannya ialah anak-anak Melayu yang beragama Islam.
Kita juga dikejutkan dengan kisah bohsia, juga melibatkan anak-anak gadis Melayu dan apabila gejala Mat Rempit menderum di jalanraya, bohsia-bohsia ini dijadikan pula sebaga hadiah dan ganjaran untuk kemenangan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List