1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, November 20, 2007

Kehilangan Adinda Yang Tersayang

INNALILLAH HI WA INNA LILLAHI ROJIUN.

17 November 2007 adalah merupakan hari yang paling sedih buatku tahun ini. Pada subuh pagi ini isteriku mendapat berita bahawa adik aku yang berusia 43 tahun itu telah kembali ke rahmatullah disebabkan Acute Myocardiac Infarction (heart attack). Dalam usia yang masih mudah dan dalam proses membina perniagaannya, dia telah dipanggil Ilahi untuk menemuiNya. Tidak ada sesiapa dapat menghalang kematian. Ia pasti akan datang juga.

Pada pagi itu sewaktu subuh masih belum lagi menjenguk, anakku telah menelefon memberitahu yang adikku itu telah meninggal dunia. Aku yang baharu sahaja sampai balik dari Kuching malamnya terus mengarahkan keluargku untuk bersiap dan pulang ke Alor Setar. Syukur Alhamdulillah, kereta Proton Sagaku masuk mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik buatku. Ia tidak meragam sepanjang perjalanan walaupun aku memecut agak laju dari biasa untuk sampai ke Alor Setar secepat mungkin.

Apabila tiba di R&R Sungai Perak untuk berhenti bersarapan, anak saudarku memberitahu yang jenazah akan dikebunikan pada jam 11.00 pagi. Waktu itu sudah 9.30 pagi. Agak mustahil untuk sampai ke Alor Setar dalam masa satu jam setengah. Namun aku tawakkal dan memberitahu anak saudaraku itu untuk meneruskan perjalanan dan membatalkan niat untuk bersarapan. Aku telah memberitahu kepada anakku agar jangan kedumikan lagi jenazah itu kerana aku ingin menatap wajahnya buat kali terakhir. Sepanjang perjalanan setiap 15 minit aku menelefon untuk memberitahu kedudukan kami semasa agar mereka tahu yang kami semakin hampir. Apabila tiba hampir dengan Sungai Petani, kami diberitahu yang jenazah sudah di bawah turun dari rumah dan dalam perjalanan menuju tanah perkuburan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah. Aku tertanya-tanya mengapa hendak dikebumikan di tempat yang jauh sedangkan ada tanah perkuburan yang leih dekat dan nenek, datuk serta bapa saudaranya dikebumikan di situ. Lagipun anak-anak dan balunya tinggal hanya lebih kurang satu kilometer sahaja dari tanah perkuburan itu dan senang untuk mereka menziarah dan mendoakan roh allahyarham.

Aku rasa sungguh terkilan. Bermakna apabila tiba aidil fitri dan aidil adha, maka kami terpaksa pergi ke dua tempat yang berjauhan. Selama ini kami menziarah tanah perkuburan yang dekat iaitu di Derga, dan kini terpaksa ke dua tempat yang berasingan.

Apabila kami tiba di Plaza Toll Alor Selatan, air mataku mula berlinang apabila menantuku memberitahu yang jenazah sedang dikebumikan. Nampaknya permintaanku untuk menatap wajah adik kesayanganku itu buat kali terakhir tidak diendahkan oleh mereka. Aku pasti akan rasa terkilan sepanjang hayatku. Aku masih boleh menerima pengkebumian adikkku itu di tanah perkuburan yang jauh itu kerana bagi Allah di situlah rumahnya di alam barzah. Namun aku tidak dapat menerima yang aku telah di nafikan peluang untuk menatap wajah adikku itu buat kali terakhir.

Sebaik sahaja tiba di tanah perkuburan tqin sedang dibacakan dan air mataku terus berlinang. Aku sedih, terkilan dan keciwa kerana tidak dapat menatap wajah adikku buat kali terakhir. Apa yang dapat aku tahu ialah petugas yang melaksanakan tugas pengkebumian itu hendak mengejar wang kerana ada dua lagi upacara pengebumian. Malah apabila mereka diminta untuk menangguhkan sebentar pengkebumian, apa yang di jawab ialah besar sangatkah aku ini (abangnya) yang hendak menatap wajah adikku itu. Bagiku jika benar itulah jawapan yang diberikan ,aku tidak dapat memaafkan individu berkenaan dan berhadap Allah akan membalas keangkuhannya.

Mengekebumikan jenazah adalah fardhu kifayah bagi orang yang masih hidup dan bukannya sebagai mata pencarian. Memang tidak dapat dinafikan dalam dunia sekarang banyak ibadah sudah menjadi sumber mendapat rezeki. Menguruskan jenazah orang yang meninggal dunia adalah fardhu kifayah bermula dari saat kematiannya sehingga selamat dikebumikan. Saguhati dalam bentuk kewangan diberikan adalah atas niat sedekah oleh waris si mati dengan harapan pahala sedekah itu akan menjadi bekalan si mati selepas meninggalkan alam fana ini.

Aku doakan roh adiku akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AlFatihah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List