1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, October 07, 2007

Hui Yee dan Jantung Barunya

Satu kejayaan baru telah dicipta oleh sekumpulan pakar perubatan di Institut Jantung Negara apabila berjaya melakukan pemindahan jantung, bukan satu tetapi dua dalam masa dua hari. Penerima jantung itu Tee Hui Yee, 14 tahun yang sejak hampir dua tahun lalu bergantung kepada jantung mekanikal kini dapat hidup seperti manusia normal dengan jantung asli yang telah didermakan oleh seorang lelaki dari Johor. Kali pertama Hui Yee dibedah dan diberikan jantung seorang lelaki Melayu dari Ipoh yang disahkan mati otak selepas mengalami satu kemalangan tetapi sistem imun Hui Yee menolak jantung tersebut. Ini membuatkan doktor mengambil keputusan untuk membuat pemindahan kali kedua.
Hui Yee boleh dikatakan bernasib baik kerana dalam masa yang singkat terdapat dua penderma berasingan yang mendermakan jantung mereka. Organ biasanya sesuatu yang sukar diperolehi dan adanya dua jantung dalam masa yang sama adalah satu 'keajaiban' yang Allah berikan kepada manusia.
Menurut doktor yang memerhati perkembangan Hui Yee selepas diberikan jantung kedua semakin baik. Ia manunjukkan tubuhnya menerima jantung ini dan adalah diharapkan Hui Yee akan dapat hidup seperti manusia normal. Tidak perlu lagi mengangkut mesin yang menjadi penyambung hidupnya selama ini.
Utusan Malaysia melaporkan bahawa Hui Yee berjaya melepasi tahap kritikal dan telah sedarkan diri tepat pada pukul 10 malam tadi (5 Okt 07).

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List