1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, December 21, 2007

Balik Nak Raya

Hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk menutup tahun 2007. Hari ini aku mercuti di negeri kelahiranku Kedah Darul Aman dan akan balik semula ke Kuala Lumpur sehari selepas Krismas. Aku tidak pasti sama ada segala resolusi tahun baruku terlaksana. Opps....adakah alu membuat resolusi tahun baru? aku sendiri tidak tahu. Seingat aku tidak pernah membuat resolusi untuk tahun baru. Bagiku buat apa mencipta resolusi jika ia hanya untuk menyusahkan diri mencapainya. Seperti biasa untuk tahun 2008 pun aku rasa tidak akan membuat sebarang resolusi.

Kenangan Balik Cuti Raya

Hari tu semasa dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur untuk bercuti, buat pertama kalinya aku tidak memandu langsung. Sepanjang perjalanan keretaku dipandu oleh anak saudaraku dan di sebelahnya anak aku. So aku pun duduk di belakang bersama isteri dan anak bongsu. Biasanya cuti hari raya aidil adha tidak ramai yang balik kampun kerana bagi Kuala Lumpur, cuti hanya sehari sahaja berbanding Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ada cuti tambahan untuk hari raya kedua. Perjalanan balik untuk raya aidil adha bagiku diisi dengan kenangan. Beberapa tahun lalu sewaktu dalam perjalanan pulang keretaku breakdown dekat Bukit Gantang. Sebaik sahaja menuruni dari Bukit Berapit, tiba-tiba enjin kerete terus berhenti dan stereng terasa berat (power steering). Waktu itu hampir dengan waktu hendak sembahyang sunat aidil fitri.

Sebaik sahaja memberhentikan kereta di sisi jalan aku menelefon nombor bantuan NARSCO di mana aku menjadi ahli dengan membayar yuran RM 450. Setiap panggilan yang berjaya disambungkan masuk ke talian fax. Apa ni? fikirku dalam hati. Hotline macam mana masuk talian fax. Kalau macam nie bermakna NARSCO hanya mempunyai satu talian sahaja yang dikongsi dengan fax. Syarikat besar hanya ada satu talian? Selepas keciwa dengan panggilan ke NARSCO (sehingga kini aku tidak dapat balik sesen pun dari NARSCO), aku pun menelefon AAM Hotline. Sekali panggilan sahaja, terus aku mendapat bantuan. Keretaku ditunda ke bengkel yang affiliate dengan AAM di Simpang, Taiping. Rupa-rupanya timing belt yang putus dan ini mengakibatkan hampir semua valve bengkok. So, seharian aku dan keluarga tersadai di bengkel dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Bayangkan nak makan pun susah sebab kedia makan Melayu semua tutup kerana raya. Nasib baik juga seorang pekerja India datang membawa sebiji tembikai untuk kami.

Kali ini semasa di hampir sampai ke Jalan Duta, aku mengesan panel meter tidak berfungsi dengan baik. Jam sudah malap, aircond kurang sejuk. Rupanya bateri sudah kehabisan tenaga. Kami berpusing balik dan masuk Jalan Travers lalu berhenti di Caltex. Aku menelefon mekanik yang selalu membaiki keretaku. Rupanya cable alternator putus dan ia tidak mengecas bateri. Di Caltex itu kami tersadai selama hampir 3 jam sebelum dapat bertolak semula pada jam 8.05 minit pagi.

Perjalanan dari Bukit Lanjan tidaklah begitu lancar kerana jalan agak sesak. Aku mengambil keputusan untuk keluar ke Route 1 melalui exit Bukit Beruntung. Sampai di Kawasan Tanjung Malim, kelihatan jalan juga lebih sesak dari biasa. Singgah makan di Tanjung Malim sebelum meneruskan perjalanan.

Di Plaza Toll Ipoh Selatan, kesesakan berlaku. Memang teruk. Nak lepas plaza toll memakan masa sejam lebih. Kesesakan sebenarnya diujudkan oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab, itu memotong Q. Ramai pemandu yang sengaja menuju ke lorong TnG atau Smart Tag tetapi apabila sudah berada hampir dengan plaza, terus memotong untuk masuk ke lorong tunai tanpa mengira pemandu yang telah lama berbaris. Nampaknya pihak PLUS tidak begitu mengambil berat tentang ini dan lebih mementingkan untuk mengutip tol sahaja. Pada satu ketika bas Ekspress Jelita Transtours, memotong masuk dari lorong TnG pada jarak kira-kira 30 meter dari plaza. Ini menyebabkan berlakunya kesesakan yang teruk pada saat itu.

PLUS sepatutnya lebih betanggungjawab dalam mengawal kesesakan khususnya pada masa-masa puncak. Aku lihat potong memotong Q ni berlaku di semua plaza tol. Pemandu-pemandu yang kurang ajar dan bodoh memang mengambil kesempatan untuk sampai dahulu ke plaza tol seolah-olah mereka sahaja yang bayar tol. Pihak PLUS hendaklah mengawal dan "membina lorong" untuk mengelakkan kesesakan berlaku. Mengapa aku mengatakan kurang ajar? Mereka tidak ada disiplin dan mementingkan diri sendiri. Mengapa pula bodoh? Mereka tidak ada otak untuk berfikir yang orang lain sudah berbaris begitu lama tetapi apabila mereka datang tanpa memikirkan kesusahan orang lain. Mereka ini patut disumpah agar bertemu kemalangan di kemudian hari. Minta maaflah kalau aku kasar kerana memang aku cukup marah dengan pemandu sebegini.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List