1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, December 24, 2007

Nak Cari Makan

Kali ini aku nak tulis blog tentang cari makan. Sama ada di lebuhraya atau di sekitar Kuala
Lumpur ada satu cara untuk orang cari makan atas "kemalangan" orang lain khususnya terhadap penunggang motorsikal. Perkhidmatan menampung kebocoran dan menukar tiub dan mereka meletakkan iklan di merata tempat. Sama naik dengan Ahlong yang melekatkan iklan mereka tak kira tempat sehingga mencacatkan pemandangan.

Bagi khidmat menukar tiub ini mereka memberi tumpuan di stesen minyak khasnya kawasan pam angin atau mana-mana tempat yang dianggap menjadi tempat penunggang motorsikal berhenti.

Tiga keping gambar yang aku paparkan dalam blog ini sebagai antara contoh tempat yang menjadi sasaran mereka mengiklankan perkhidmatan. Gambar pertama aku ambil di atas simen di kawasan pam angin stesen Petronas Taman Teknologi. Jika motorsikal anda pancit adakah anda sanggup menelefon nombor ini? Orang ini mengambil masa 24 jam untuk menukar tiub. Sanggupkah anda menunggu? Mungkin perkhidmatan lain lebih cepat.

Dua keping gambar di atas diambil berhampiran stesen Caltex di Jalan Travers. Dua kemudahan awam ini menjadi sasaran dan mencacatkan pemandangan. Begitu banyak nombor yang ada, mana satu hendak dipilih?

Apa yang menghairankan mengapakah tidak ada undang-undang untuk mencegah pengotoran pemandangan ini yang diujudkan oleh pihak berkuasa tempatan. Apa yang lakukan oleh pengiklan ini adalah sama seperti membuang sampah. Mengotorkan kawasan. Sepatutnya pemilik nombor telefon ini didenda kerana mencacatkan pemandangan dan menyalahgunakan kemudahan awam untuk kepentingan diri sendiri. Mereka ini bagi saya adalah lebih teruk daripada grafitti artist.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List