1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, January 29, 2008

Sejauh Manakah Kebersihan Makanan Kita?

Hari ini Kosmo mendedahkan satu lagi isu yang pasti mengejutkan orang ramai khususnya orang Islam dan berkaitan dengan makanan. Bagi orang Islam makanan halal adalah satu kemestian dan paling dijaga walaupun ianya diperolehi secara tidak sah. Saya masih ingat di zaman remaja dahulu, bersama dengan rakan-rakan telah mencuri ayam yang masuk rumah. Mencuri ayam itu sudah haram, tetapi apabila hendak makan, kami pastikan ayam itu disembelih terlebih dahulu. Begitulah bagi orang Islam tentang makanan.

Beberapa tahun lalu Persatuan Pengguna Muslim Malaysia telah mendedahkan tentang sebuah kilang roti yang didakwa menggunakan bahan yang tidak halal sebagai adunan dalam roti dan kebersihan kilangnya dipertikai. Dari semasa ke semasa kita juga dengar tentang penyediaan makanan yang tidak bersih dan bahan yang bercampur aduk antara yang halal dan tidak halal di dalam stor.

Di Kepala Batas, Pulau Pinang, seramai 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) telah menyerbu sebuah kilang memproses makanan berasaskan bebloa ikan dan terkejut mendapati persediaan makanan itu tidak dilakukan secara bersih. Lebih memeranjatkan bahan tersebut bercampur aduk dengan barangan tidak halal bagi orang Islam iaitu daging dan perut khinzir.

Malaysia sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama resmi dan majoriti penduduknya beragama Islam. Sudah sewajarnya budaya Islam dijadikan sebagai panduan dan asas hidup oleh semua pihak tanpa mengira agama dan pegangan. Ini kerana Islam itu sendiri bersih. Kebersihan patut diamalkan dalam segala hal lebih-lebih lagi terhadap makanan kerana ianya akan menjadi darah daging dan boleh menpengaruhi kesihatan.

Kini setelah terbongkar isu di Kepala Batas itu, apakah umat Islam masih lagi mahu mengambil sikap tidak apa dalam hal makanan yang dimakan? Kita sepatutnya tidak boleh berkompromi dengan hal-hal yang berkaitan dengan kebersihan makanan dan status halal haramnya. Bagi pengeluar makanan juga walaupun mereka bukan beragama Islam, sepatutnya menyedari tanggungjawab sosial mereka terhadap sensitiviti orang lain dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Blog yang ada kaitan

Pemuda Wilayah
Keselamatan Makanan (dalam bentuk PDF)
BAHAEIS
FOMCA



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List