1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, February 08, 2008

Hantu dan Ulat Ada Di Mana-mana

Apa sahaja yang dilakukan secara tidak mengikut undang-undang dan peraturan sememangnya diberikan gelaran yang tidak elok. Dalam bidang binaan, kontraktor besar yang melaksanakan projek besar pasti akan menggunakan lori hantu. Lori hantu ini hanya boleh bergerak dalam kawasan pembinaan sahaja kerana ianya tidak 'roadworthty', maknyanya tidak sesuai untuk digunakan di jalanraya awam.

Beberapa hari ini Kosmo ada menyiarkan tentang hantu di LCCT. Hantu yang dimaksudkan ialah van hantu yang mengambil penumpang secara tidak sah di Lapangan Terbang Kos Murah di KLIA. Sememangnya pengguna pasti akan mencari sesuatu yang murah. Sekiranya pengangkutan hantu boleh memberikan tambang yang murah tentulah akan mendapat sambutan. Masalah pengangkutan haram ini ada di mana-mana dan bukan di LCCT sahaja. Kosmo terus melaporkan bahawa selepas isu van hantu dibangkitkan, timbul pula isu kereta toyol.

Lepas van 'hantu', timbul pula kereta 'toyol'

KUALA LUMPUR - Punca rezeki kira-kira 600 pemandu teksi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sebenarnya bukan sahaja terjejas angkara van 'hantu' yang dikendalikan pengusaha van pelancongan, malah turut melibatkan apa yang dipanggil kereta 'toyol'.

Ia gelaran kepada individu yang mengambil penumpang menggunakan kereta-kereta mewah dengan tambang murah.

Begitulah laporan dalam Kosmo hari ini 8 Januari 2008.

Apakah laporan ini akan membuatkan penguna dan pihak berkuasa melupakan sebentar tentang isu ulat di KLIA. Beberapa hari lepas Malay Mail ada menyiarkan tentang pelancung ditipu oleh ulat di KLIA dengan mengenakan tambang RM700 dari KLIA keKuala Lumpur dan Balik. Alasan yang digunakan ialah van agen pelancungan yang sepatutnya mengambil mereka rosak dan lelaki itu mengarahkan mereka menaiki kenderaan lain dengan mengenakan tambang sebanyak RM700 dan menuntut semula dengan agen kemudian. Ternyata semua itu satu penipuan.

Persoalan yang timbul bagaimana lelaki itu tahu itenari perjalanan pelancung berkenaan seperti hotel penginapan dan agen pelancungan yang terlibat. Adakah agen berkenaan mempunyai kaitan dengan lelaki itu dalam usaha menipu pelancung.

Masalah ulat di KLIA memang sudah lama menjadi isu tetapi sehingga hari ini ianya masih belum dapat diatasi. Sama ada usaha untuk mengatasinya dilakukan sambil lewa oleh pihak berkuasa apabila ada laporan atau pihak ulat lebih licik.

Masalah ulat juga ketara berlaku di Puduraya. Masuk sahaja ke dalam bangunan Hentian Puduraya, sudah pasti and akan di hampiri oleh ulat-ulat ini yang menawarkan tiket untuk ke mana-mana sahaja destinasi di Semenanjung Malaysia. Kegiatan penipuan oleh ulat-ulat ini juga dilaporkan berlaku dari semasa ke semasa lebih-lebih lagi di musim perayaan, apabila permintaan lebih tinggi. Anak saya sendiri pernah ditipu oleh ulat ini di Hentian Puduraya. Apa yang menghairankan, penipuan ini berlaku di kaunter yang sah dan dilakukan oleh kerani kaunter yang sudah semestinya ada hubungan dengan ulat dan syarikat bas berlesen yang mengambil penumpang secara tidak sah.

Pada waktu itu saya membeli tiket untuk ke Alor Setar di kaunter Gunung Raya. Kerani mengeluarkan resit sahaja dan anak saya terpaksa menaiki bas Mustika Express di hadapan Menara Maybank. Bukankah ini penipuan walaupun anak saya dapat menaiki bas dan sampai dengan selamat di destinasinya.

Sewaktu cuti raya cina ini dilaporkan melalui Berita TV seorang pengguna di johor Bahru telah ditipu dengan mengenakan tambang yang tinggi untuk perjalanan dari Johor Bahru ke Pulau Pinang. Pengguna tersebtu dikenakan tambang RM 120 untuk perjalanan tersebut. Malangnya bas yang sepatutnya dinaiki beliau tidak ada. Lebih malang lagi tiket itu dibeli di kaunter yang sah di Hentian Larkin.

Masalah ulat dan pengangkutan hantu ini tidak akan dapat dihapuskan selagi pihak berkuasa masih melaksanakan penguatkuasaan secara cincai dan mengikut musim.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List