1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, February 27, 2008

Manifesto PAS Kelantan senarai sembilan perubahan selama 18 tahun

Dipetik dari mSTAR.

MACHANG: PAS melancarkan manifestonya untuk Kelantan, yang bertemakan "Membangun bersama Islam, menerajui perubahan dan mencapai keberkatan", dengan mengemukakan sembilan bukti perubahan yang dibawa parti itu dalam tempoh 18 tahun menerajui kerajaan negeri Kelantan.

Sembilan bukti perubahan itu ialah pentadbiran dan perbandaran berteraskan syariah, memajukan pendidikan Islam, menaikkan taraf peranan masjid, memberi hak untuk semua kaum, memartabatkan wanita, pembangunan insan bersepadu, perumahan Islam, sistem kewangan Islam dan sistem perundangan syariah.

Dalam manifesto setebal 28 muka surat itu, yang dilancarkan oleh Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS berjanji akan melanjutkan cuti bersalin kepada tiga bulan bagi setiap kelahiran, dengan memberi kemudahan cuti bergaji tanpa had bilangan anak.

Dalam ucapannya, Nik Aziz berkata PAS mahu mengekalkan konsep negara Islam yang diamalkannya selama ini di Kelantan agar ia menjadi contoh kepada Barisan Nasional (BN).

"Kita mahu ianya menjadi ikutan seperti pelaksanaan cuti bersalin selama 60 hari yang dijadikan ikutan kerajaan pusat," katanya.

PAS menggariskan janji membawa pembangunan ekonomi yang saksama dan pembangunan sosio budaya yang seimbang selain memberikan taraf hidup rakyat yang lebih baik, bahagia di dunia dan sejahtera di akhirat.

Dalam pembangunan sosio budaya yang seimbang, PAS bertekad untuk melaksanakan rancangan pendidikan Kelantan dengan menggubal dasar kanak-kanak negeri Kelantan yang mengutamakan pendidikan awal kanak-kanak dan prasekolah selain membina pusat ilmu Wilayah Selatan merangkumi kolej Pendidikan Tinggi Wanita, Pusat Pendidikan Pondok Antarabangsa dan Sekolah Menengah Agama (Arab).

Parti itu juga menawarkan skim takaful kelompok guru, kakitangan dan pelajar Yayasan Islam Kelantan secara percuma selain melaksanakan rancangan untuk membimbing, membantu dan melatih wanita ke arah wanita berdikari dan mencapai kemajuan sosio ekonomi.

Ia akan menyediakan Tabung Niaga Wanita Kelantan dan membina kompleks sukan wanita yang dilengkapi stadium khas dan masjid.

Untuk belia Kelantan, PAS berjanji melaksanakan rancangan kesihatan awam, rancangan kesejahteraan awam dan rancangan digital awam dengan memperkasakan peranan pusat ICT Desa.

Dalam pembangunan tanah, PAS berjanji untuk menjayakan program pemberian skim pemilikan tanah lot kediaman untuk semua rakyat serta memperluaskan peranan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan melaksanakan pembangunan ladang komersial ala Kelantan dengan memperuntukkan tanah untuk diberi milik (sebagai saham) kepada rakyat miskin dan membuka peluang kepada golongan yang mampu untuk melabur. BERNAMA

Saya kata: Nak dunia pilih BN, nak dunia dan akhirat pilih PAS. Dunia hanya sementara. Bijaklah memimih. Kita sudah berada di landasan yang betul teruskan dengan memilih PAS. Alamak saya bukan pengundi Kelantan.

Janji BN janji politik. Telah terbukti: PENDIDIKAN PERCUMA - Auta!!!



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List