1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, March 10, 2008

Kemenangan PAS di Kedah Hadiah Kepada DYMM Sultan Kedah

Pertama sekali diucapkan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya menawan Kedah buat pertama kali sejak pilihanraya diadakan di negara ini. Kejayaan PAS menawan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri dan bersama-sama dengan Parti KeADILan Rakyat memerintah negeri Kedah Darul Aman datang pada ketika yang paling tepat. Kemenangan ini saya anggap lebih manis dari kemenangan pembangkang di lain-lain negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.Gambar diambil DI SINI.

Pada tahun ini Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menyambut ulang tahun ke 50 pemerintahan Baginda sebagai Sultan Kedah. Sempena menyambut ulang tahun ke 50 ini. Allah telah menganugerahkan sebuah kerajaan berteraskan Islam (bukan Islam Hadhari) untuk memerintah negeri Baginda. Itulah yang saya maksudkan manisnya kemenangan ini.

Patik selaku rakyat Ke Bawah Duli Tuanku yang merantau, berdoa agar Tuanku dan Sultanah dianugerahkan Ilahi kesihatan dan kesejahteraan. Semoga dipanjangkan usia dan Tuanku bertakhta sekali lagi di singgahsana selaku Yang Dipertuan Agong dan mencipta sejarah Raja-raja Melayu menjadi Yang Dipertuan Agong sebanyak dua kali.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List