1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, March 08, 2008

Aku Ditipu UMNO/BN

Semua pengundi yang berdagang khusunya d pihak BN tahu yang pengundi yang balik untuk mengundi boeh menuntut sagu hati balik undi. Walaupun aku berdagang di Kuala Lumpur, aku pasti balik untuk mengundi pertama kerana tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia dan kedua untuk membantu menghidupkan demokrasi.

Aku dan keluarga bertolak dari Kuala Lumpur untuk mengundi di Alor Setar. Kedua-dua kerusi yang aku meadi pengundinya ditandingi oleh BN dan KeADILan. Sememangnya aku pergi agak awal juga untuk mengundi dan proses mengundi berjalan lancar yang mengambil masa tidak sampai 10 minit dari masa aku tiba di tempat mengundi sehingga aku meninggalkan tempat itu.

Aku terus ke pondok BN untuk membuat tuntutan sagu hati dan setelah diisi borang aku diarah untuk mengambil wang saguhati di Bilik Gerakan BN di Mergong. Apabila sampai di sana dan selepas menyerahkan borang yang telah diisi di pondok di tempat mengundi aku menunggu dengan sabar.

Tidak lama kemudian aku diberitahu tidak dapat menuntut wang itu kerana aku bukan ahli UMNO. Ish! saguhati itu untuk orang UMNO sahaja ke? Ini duit rakyat. Kerajaan mengalakkan pengundi balik mengundi dan bila balik dibagitahu hanya ahli sahaja boleh membuat tuntutan.

Persoalannya:

1. Adakah apabila menjadi ahli UMNO maka mereka pasti akan mengundi BN?
2. Bagaimana pula mereka yang tidak ada parti tetapi menyokong BN? Bukankah ini memberikan kelebihan kepada BN.

Ada beberapa orang lagi yang ada bersama ketika itu yang juga balik dai Damansara meluahkan rasa keciwa kerana tidak mendapat saguhati. Jawabnya ialah menyesal kerana memangkah BN.

Petugas yang menjaga kewangan untuk pengundi luar itu pasti tahu jumlah wang yang disediakan. Sudah pasti semakin banyak wang dapat diselamatkan semakin banyak mereka dapat. Apa yang menjadi persoalan ialah mengapa borang tuntutan disimpan? Pastinya ada kemusykilan di sini. Adakah petugas itu akan menjadikan birang tuntutan itu sebagai bukti yang wang telah dituntut dan wang itu masuk poket mereka. Apakah alasan mereka menyimpan borang tuntutan itu? Saya melihat ini satu lagi bentuk penipuan yang dilaksanakan oleh UMNO yang diberikan kuasa untuk menjaga duit. Jumlah yang membuat tuntutan adalah ramai dan kalau seorang pengundi yang balik dair KL diberikan RM60, cuba bayangkan jika 100 orang yang tidak layak menuntut kerana tidak menjadi ahli UMNO? Itu baru sahaja jika Kuala Lumpur.

Tentu selepas pilihanraya ini petugas-petugas yang menjaga urusan pembayaran akan kaya raya.
INILAH UMNO.




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List