Tentu ramai sudah maklum bahawa dalam PRU ke 12 tahun ini, satu sejarah telah tercipta di mana seorang nenek berusia 89 tahun telah bertanding sebagai calon bebas untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Walaupun ramai menganggap penyertaan beliau dalam pilihanraya ini sebagai membazir kerana peluang untuk menang amat tipis sekali, namum beliau mencipta sejarah tersendiri. Keberanian beliau untuk berjuang pada usia sedemikian seharusnya menjadi iktibar kepada generasi muda negara ini, bahawa perjuangan tidak berhenti dengan usia yang meningkat.
Walaupun kemenangan bagi beliau adalah tipis tetapi usaha beliau patut diberikan pujian. Sebagai usaha berkempen beliau juga menggunakan internet dengan ujudnya blog dan profile dalam facebook hasil bantuan tiga orang anak muda dari Selangor. Apa yang menariknya ialah tiga anak muda tersebut bukannya berbangsa Melayu. Inilah uniknya Malaysia.
Walaupun beliau tidak diharapkan untuk menjadi wakil rakyat Kuala Terengganu di Parlimen, tetapi beliau telah meletakkan nama beliau dalam lipatan sejarah negara. Susulan dari itu ia dapat menjagi satu mileage terhadap perniagaan beliau sebagai seorang pengusaha songket di Kuala Terengganu. Kejayaan beliau untuk menjadi seorang calon dalam pilihanraya umum boleh dijadikan sebagai satu Trade Mark untuk perniagaan itu.

No comments:
Post a Comment