1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, April 06, 2008

Kokka Tidak Ujud

ASMIZAN MOHD SAMIRAN telah menulis dalam MyMetro yang memperjelaskan bahawa kayu kokka sebenarnya tidak wujud. Keprecayaan bahawa kayu tersebut digunakan Nabi Nuh a.s sebagai bahan untuk membuat bahteranya juga tidak benar kerana kayu itu sebenarnya jenis Pine Cypress.

Sepuluh tahun, RM8.1 juta. Secara purata, itulah nilai wang penduduk
negara ini yang ‘lebur’ gara-gara memiliki kayu kokka — kayu yang
selayaknya diubah nama kepada ‘kayu kokak’ (tidak berguna) kerana satu
kajian terperinci mendapati kayu kokka sebenarnya tidak wujud dan
sengaja diperkenalkan semata-mata untuk tujuan perniagaan. Demikianlah Asmizan memulakan tulisannya. Baca seterusnya di sini.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List