1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, May 21, 2008

Gempa dalam UMNO?

Sewaktu berlaku satu gempa bumi pada skala Richter 4.3, aku berada di Pulau Labuan. Pada ketika itu tiba-tiba kedengaran satu gegaran pada dinding kaca dan kami menjangka mungkin ada satu letupan berlaku atau ada aktiviti pecah batu. Tidak lama kemudian barulah disahkan bahawa gegaran itu hasil daripada gempa bumi di Tawau itu. Kemudian satu lagi gempa bumi berlaku sebelah malamnya di Sumatra pada skala Richter 6.1.

Malamnya semasa dalam perjalanan untuk makan malam bersama rakan-rakan, aku mendapat panggilan telefon dari isteri yang mengatakan bahawa ada gegaran yang terasa di rumah kami di Kuala Lumpur. Memang sejak berlakunya gempa yang mencetuskan Tsunami pada tahun 2004 kesan gegaran dari gempa bumi di Sumatra akan dapat dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. Semakin kerapnya gempa berhampiran dengan kita. Malaysia sebenarnya berada di luar zon gunung berapi atau dikenali sebagai Ring of Fire. Dengan beradanya di luar Ring of Fire itu, maka kita tidak akan mengalami letusan gunung berapi dan gempa bumi. Tetapi Tuhan Maha Kaya. Apabila Allah mengehendaki, kun fa ya kun, maka apa yang tidak pernah kita jangka pun boleh berlaku.

Di kawasan Bukit Tinggi, Pahang juga telah pun beberapa kali berlaku gegaran kecil. Apakah itu tanda adanya aktiviti tersembunyi gunung berapi dan gempa bumi. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Serentak dengan dua gempa bumi itu, di Malaysia pula berlakunya satu gempa politik. Selepas dilanda Tsunami pada 8 Mac lalu, UMNO sekali lagi digegarkan dengan gempa. Bekas Presiden dan bekas Perdama Menteri telah mengumumkan keluar dari UMNO. Turut sama ialah Datuk Seri Sanusi Joned. Perletakan keahlian itu dikatakan hsail dicabar oleh seorang ahli yang hadir dalam satu majlis di Alor Setar yang dianjurkan oleh Kedah Malay Assembly Hall. Orang yang dikatakan mencabar Tun M meletakkan keahliannya ialah Ismail Wan Teh, Timbalan Pengerusi PAS Cawangan Jerlun yang diwakili oleh anak Tun M, Datuk Mukhriz. Hasil cabaran itu Ismail muncul di dada akhbar yang dianggap hero walaupun beliau menafikannya dan menyatakan tidak berniat untuk membuatkan Tun M mengambil tindakan yang mengejutkan semua pihak , BN dan juga pembangkang.

Sejauhmanakah gempa ini akan mengegarkan UMNO akan dapat dilihat beberapa hari lagi. Hari ini anak beliau Datuk Mokhzani juga turut meletakkan keahliannya dalam UMNO. .

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List