Hari Sabtu lalu aku keluar menghantar anak untuk menghadiri satu majlis hari jadi rakan sekolahnya di Kinrara. Selepas itu pergi ke Giant Kinrara yang merupakan Giant terbesar di Malaysia. Ia adalah cawangan Giant yang ke seratus di negara itu. Pasaraya ibi mempunyai tagline "shop where malaysian shops." Inilah pertama kali aku ke Giant setelah mengetahui adanya cawangan itu melalui seorang sahabat. Rupanya baru aku sedar sudah lama aku tidak melalui Lebuhraya Sungai Besi Puchong itu kerana sewaktu ke Puchong dahulu, pasaraya itu belum ujud lagi.
Pasaraya giant Kinrara bagaikan satu kompleks membeli-belah yang bukan sahaja didiami oleh main tenantnya Giant tetapi beberapa buah kedai lain yang menjadikan membeli-belah di Giant lebih menyeronokkan. Outlet yang terdapat di sana termasuklah kedai komputer, restoran makanan segera, kedai kasut dsb. Terdapat juga Maybank yang dibuka dari pagi hingga 9.00 malam setiap hari.
Di sana juga anda boleh menikmati kopi Kluang station kerana ada satu cawangannya di situ. Set up nya lebih kurang macam di stesen keretapi Kluang tetapi yang tidak sesuainya ialah cawan minuman dan roti bakar tidak sama seperti yang anda dapat nikmati di Kluang. Walupun kerusi mejanya ala-ala kedai kopi zaman lama, namun penggunaan gelas untuk minuman tidak menimbulkan nostalgia kopitiam seperti lain-lain kopitiam yang tumbuh di merata tempat.
No comments:
Post a Comment