Hujung minggu lepas aku keluar juga ke Stadium Putra Bukit Jalil kerana ada pameran dan promosi sempena Pertandingan Akhir akademi Fantasia musim ke 6. Akademi Fantasia kali ini, aku tidak mengikuti sangat kerana pada peringkat awalnya di rumah aku tidak ada ASTRO setelah di terminate sebab tak bayar yuran bulangannya. Biarlah dia orang terminat kerana tidak ada rugi apa-apa sangat jika tidak menonton ASTRO pun. Hanya baru beberapa minggu lepas saja, anak aku subscribe semula.
Aku keluar ke sana bukan kerana hendak masuk untuk menonton persembahan mereka tetapi mencari bahan untuk menulis blog. Macam biasalah setiap kali keluar aku mesti bawa kamera . Klik sana. Klik sini........
Lepas isi borang, bila check rupanya permohonan aku tidak dapat diluluskan kerana aku masih ada hutang tertunggak dengan Celcom dan TMTouch di tahun 90an lalu. So aku guna nama isteri aku untuk itu. Dapatlah USB Modem dengan membayar RM 100. Dia kata malam nanti dah boleh akses. Hancis!!!! Sampai aku menulis blog ni (12.15 tgh 26 Mei 08) pun masih belum activate lagi. Semalam aku call dia punya Customer Centre. Petugas itu mengambil repot aku dan akan melaporkan kes aku ke bahagian yang berkenaan. Katanya dalam tempoh 24 jam semuanya akan selesai. Sekarang dah tinggal 3 jam lagi untuk tamat tempoh 24 jam itu akaun aku masih belum aktivate.
So sekarang aku sudah kehilangan 2 hari untuk mencuba perkhidmatan itu kerana aku boleh mengembalikan modem dan terminate akaun jika tidak puas hati dalam tempoh 7 hari. Nampaknya Maxis ni pun sama juga dengan ASTRO yang tidak efisyen dalam perkhidmatan mereka. Apa yang mereka pentingkan ialah mencari keuntungan dan bukannya kepuasan pelanggan.
No comments:
Post a Comment