1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, June 03, 2008

Gores Dan Menang?

Pagi tadi semasa bersiap hendak pergi kerja, aku tengok MHI kat TV3 yang dihos bersama oleh Mazidul Akmal dan Ally Iskandar. Satu yang dibincangkan ialah tentang Gores dan Menang. Nampaknya isu ini masih lagi belum selesai dan dibanteras. Walaupun ramai telah menjadi mangsa perasuan yang merupakan perangkap ini, tetapi masih lagi ada mangsa terperangkap. 'Penipu-penipu' yang mneggunakan taktik gores dan menang ini menggunakan berbagai cara untuk memerangkap pengguna.

Aku sendiri pun beberapa kali berhadapan dengan pengusaha gores dan menang ini. Pertama kali dari sebuah syarikat berjenama Aowa yang menjalankan aktiviti mereka di Carrefour di Seri Petaling. Pada masa itu aku telah berjaya mencabut tiket bertuah yang kesemuanya bernilai RM6,000 termasuk baucher RM 100. Untuk membolehkan aku menuntut hadiah bernilai RM6,000 itu aku juga diwajibkan menebus baucer itu dan dalam senarai barangan yang boleh ada, tidak ada satu pun bernilai di bawah RM 2,000. Ini bermakna jika aku ingin membeli barangan bernilai RM2,000, aku akan hanya membayar RM 1,900 sahaja setelah ditolak nilai baucer. Memanglah berbaloi kalau membeli barangan sebanyak RM 1,900 dan kemudian menerima hadiah lain bernilai RM 6,000. Tetapi aku tidak yakin hadiah bernilai RM6,000 itu akan aku terima memandangkan cara cabutan bertuah dibuat dan kronologi kemenangan aku itu.

Pada mulanya aku hanya memenangi sekotak tisu. Kemudian apabila melihat isteri aku datang, terus dia menawarkan untuk aku membuat satu lagi cabutan. Apabila cabutan kedua juga mnedapat tisu, maka salah seorang pekerjanya lagi datang menawarkan kepada isteriku untuk menunjuk salah satu barangan yang dipamerkan dan jika ada tiket bertuah, maka kami akan mendapat hadiah yang berkenaan. Memang dalam barangan yang ditunjuk itu ada tiket yang memenangi hadiah bernilai RM 6,000 itu. Maka taktik biasa digunakan, iaitu rakan-rakan mereka menghampiri kami dan memberi tahniah kerana kejayaan itu. walau bagaimanapun ketuanya berpura-pura tidak mempercayai yang kami memenangi hadiah begitu lumayan kerana belum pernah ada orang memenangi hadiah sebegitu. Dia menelefon "bossnya" dan bossnya itu menemuramah aku dengan beberapa soalan seperti adakah aku kenal ketua yang bertugas di situ. Aku tidak menuntut sebarang hadiah kecuali dua kotak tisu yang dimenangi di awal tadi.

Kali kedua aku menerima telefon kononnya nombor telefon aku diperolehi semasa satu karnival yang diadakan di Bukit Jalil. aku diminta datang ke pejabat mereka di Puchong untuk menuntut hadiah. Taktik sama juga iaitu cabut nombor bertuah. Dipendekkan cerita, taktik sama seperti yang digunakan oleh Aowa tadi digunakan. Dalam episod kedua ini aku memenangi mata ganjaran bernilai hampir 500,000 dan boleh ditukarkan dengan hadiah-hadiah yang lumayan. Syaratnya aku kena beli barang mereka yang bernilai tidak kurang 5,000.

Entah sampai bila penipuan sebegini akan berterusan tidak dapat dipastikan. Walaupun sering dingatkan dan ada laporan mangsa tetapi aktiviti ini masih juga berjalan. Selagi manusia mempunyai perasaan tamak untuk mendapat kemewahan dengan cara mudah selagi itu ianya tidak akan berakhir.

1 comment:

Johnny Ong said...

selagi ada org yg tamak, selagi ada sykt macam ni yg asyik menipu org.

kalau ada chance baca dokumen-dokumen syarikat tu, baru boleh tau samada cara-cara mereka betul mengikut undang-undang komersial

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List