1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, June 13, 2008

Demo Kenaikan Harga Minyak


Hari ini selepas sembahyang Jumaat, ribuan rakyat membuat demonstrasi di Kuala Lumpur sebagai memprotes kenaikan harga petrol lebih 40% baru-bari ini. Walaupun polis memberi amaran bahawa perhimpunan itu sebagai perhimpunan haram, tetapi rakyat yang marah dengan langkah kerajaan itu tidak mengendahkannya. Perarakan itu bermula di Mesjod Kampung Baru dan rancangan asalnya ialah untuk ke menara KLCC, tetapi pihak polis telah menghalang laluan ke KLCC menyebabkan perarakan itu melencong ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berhenti di perkarangan Sogo. Selepas itu mereka menuju pula ke Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Perarakan itu diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub.

mStar online melaporkan dalam kemaskininya pada jam 8.37 malam bahawa terdapat seramai 5000 orang turut serta dalam perarakan itu.

Demonstrasi akan berterusan di seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Demonstrasi membantah kenaikan harga minyak akan berterusan di seluruh negara.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Syed Azman Syed Nawawi berkata pada 15 Jun ini (Ahad), demonstrasi yang sama akan diadakan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

“Ahad ini Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta bagi mengetuai rakyat membantah kenaikan harga minyak,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas hari ini.

Katanya beberapa pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan turut menyampaikan ceramah dalam perhimpunan itu.

Apa yang menjadi persoalannya ialah mengapakah pembangkang sahaja yang tidak setuju dengan kenaikan harga petrol ini. Nampaknya penyokong kerajaan, pemimpin-pemimpin UMNO, MCA, MIC dan lain-lain komponen parti BN bersetuju dengan kenaikan sebanyak lebih 40% itu. Sebab itulah mereka hanya membisu sahaja dan tidak bersuara. Inilah yang dikatakan golongan oportunis. Jika hasil dari protes ini harga minyak turun, mereka juga akan turut menikmatinya. Baculnya orang-orang BN ini.

1 comment:

ainee said...

kerana kita marhaen?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List