1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, July 30, 2008

Susah Senang Urusan Dengan Jabatan Kerajaan

Baru-baru ini aku kena memperbaharui cukai jalan kereteku yang akan tamat tempohnya. Selepas membeli insurans aku tercari-cari pula kad pendaftaran tetapi tidak jumpa. Maka aku klasifikasikannya sebagai hilang. Lagipun kad pendaftaran tu pun dah penuh ruang untuk dicetak maklumat pembaharuan cukai jalan dan sememangnya terpaksa mendapatkan kad yang baru. Aku ingatkan prosesnya mudah kerana tahun lepas aku juga telah memohon untuk mendapatkan kad gantian bagi satu lagi kenderaan milikku yang juga hilang. Hanya isi borang, bayar yuran yang dikenakan dan dalam masa setangah jam dah dapat kad yang baru. Masa tu buat kat JPJ di Seremban. Tetapi kali ini prosesnya menjadi cukup rumit.

Aku pergi ke JPJ di Setapak dan baru tahu bahawa ada banyak langkah aku perlu lakukan. Petugas di bilik perkhidmatan pelanggan memberikan aku borang dan menerangkan apa yang aku perlu buat. Ini langkah-langkah yang terpaksa aku ambil.

1. Buatkan laporan polis tentang kehilangan tersebut. Aku buat laporan di Balai Polis Sungai Besi dan sudah biasalah. Salinan repot polis dikenakan caj RM 2.00.

2. Aku kena bawa kenderaan ke PUSPAKOM untuk diperiksa oleh mereka. Jadi hari kedua aku bawa kenderaan ke PUSPAKOM di Cheras. Pihak PUSPAKOM minta maklumat tentang kenderaan dan aku tunjukkan polisi insurans yang baru dibeli. Dalam policy schedule ada tercatit perincian tentang kenderaan tetapi pihak PUSPAKOM tidak terima. Jadi pagi itu aku tidak kenderaan aku tidak dapat diuji. Terpaksa pula aku ke JPJ dan kali ini aku ke pejabat JPJ di Kompleks Pertama sahaja kerana lebih dekat dan aku boleh pergi dengan menaiki LRT sahaja. Untuk mendapatkan salinan maklumat kenderaan kena isi borang dan dikenakan dkenakan ialah RM 20.00. Sebelah petang aku bawa semula kenderaan untuk diuji.

Sewaktu di PUSPAKOM, aku mengambil keputusan untuk melapor pertukaran enjin yang dibuat pada tahun 2003 lalu. Jumlah dikenakan untuk semua urusan itu ialah RM 60 (RM 25 untuk ujian kenderaan dan Rm 35 untuk pemeriksaan pertukaran enjin). Settle.

3. Langkah seterusnya ialah pergi ke JPJ untuk urusan mendapatkan salinan kad pendaftaran. Rupa-rupanya kali pertama itu masih belum berjaya kerana selepas disemak, tidak ada resit pembelian enjin walaupun salinan surat pelepasan kastam sudah dikepilkan bersama. Reject.

Aku terpaksa balik semula ke worksyop untuk tujuan mendapatkan resit pembelian enjin. Seingat aku, tidak menerima resit itu kecuali surat pelepasan kastam. Dari situ aku kena pergi pula ke kedai di mana worksyop membeli enjin dan di situ aku dapat salinan resit berkenaan tetapi dikenakan RM 30.00 oleh kedai berkenaan.

4. Aku ke JPJ sekali lagi dan kali ini permohonan berjaya. Aku mendapat salinan kad pendaftaran baru.

5. Pergi semula ke AAM untuk mengubah tarikh sah laku insurans tetapi dimaklumkan bahawa aku tidak perlu membuat sebarang bayaran tambahan.

6. Pergi Pejabat Pos Semarak bersebelahan FELDA untuk memperbaharui cukai jalan dan dapat rebat Rm 625.00 tunai serta merta.

Susahnya berurusan dengan jabatan kerajaan rupanya.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List