1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, July 30, 2008

PC Fair 2008

Hujung minggu ni ada pameran PC terbesar di Malaysia iaitu PC Fair. Ia merupakan pameran tahunan yang diadakan dua kali setahun anjuran PIKOM (Persatuan Industri Komputer Malaysia). Biasanya pameran ini akan diserbu oleh orang ramai sama ada untuk melihat apa yang baru ataupun untuk membeli peralatan dan aksesori komputer. Lazimnya harga yang diletakkan akan lebih murah dari biasa tetapi pengguna juga harus berhati-hati apabila mengambil keputusan untuk membeli di PC Fair ini.

Sewaktu PC Fair yang lalu ada pengguna yang tertipu, khususnya pelajar IPT yang membeli notebook. Mereka dijual notebook yang dikatakan baru tetapi sebenarnya merupakan notebook 'refurbished'. Adalah elok jika untuk ke PC Fair bawa bersama rakan yang tahu sedikit sebanyak tentang komputer dan dapatkan nasihatnya sebelum mebeli. Mempercayai jurulual sepenuhnya adalah satu langkah tidak bijak kerana bagi jurujual, matlamat mereka ialah menjual sebanyka mungkin produk untuk mendapat keuntungan.

Perkembangan terbaru dalam dunia notebook atau laptop ialah kehadiran notebook mini yang mula mendapat perhatian pengguna. Dunia pengkomputeran yang memerlukan mobiliti mungkin akan menjadikan permintaan dan pasaran notebook mini meningkat. Aku sendiri pun berminat untuk mendapatkan notebook mini ini yang harganya agak murah. Tidak pastilah siapa yang memulakannya tetapi aku mula mengetahui tentang kehadiran notebook mini ini sewaktu jalan-jalan di Low Yatt Plaza, Kuala Lumpur menemani seorang rakan yangi ngin membeli notebook baru.

Notebook berkenaan ialah EeePC oleh Asus. Kemudian terbaca juga dalam website Low Yatt serta blog kennysia tentang produk yang serupa oleh HP. Mungkin dalam PC Fair hujung minggu ini akan ada promosi notebook mini ini dan pastinya harganya sedikit murah dari biasa.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List